Ana cukup setuju dengan cadangan Husam Musa untuk kita mengemukakan calon orang asli di dalam pilihanraya kecil Galas. Inilah yang terbaik. Jangan cakap sahaja mengenai Pas for All. Kita kena tunjuk kepada rakyat, bahawa kita bersungguh dengan agenda PAS for All. Bukan cakap kosong.
Memang ada juga jemaah yang sangkal – kalau orang asli itu Islam; tapi kalau tidak? Apa masalahnya? Kalau pun dia bukan Islam – tapi dia percaya dengan perjuangan PAS; apakah itu menjadi kesalahan. Kita jangan terperangkap dengan pemahaman Islam yang terhad. Islam itu syumul dan menyeluruh. Soal kepimpinan di Galas ini adalah soal strategi. Soal kita memenangi hati rakyat. Bukan sangat soal agama.
Apa pentingnya calon orang asli?
Kita dengan sendirinya meletakkan tekanan kepada pihak lawan bahawa kita lebih ‘terbuka’ dalam soal memilih calon. Agenda PAS for All ini bukan agenda mainan. Kita bersungguh dan nak melihat suasana politik berubah.
Sebab itu kita ketengahkan ramai tokoh di kalangan saudara baru. Kamal Koh. Anuar Tan. Ann Wan Seng. Semua dah kita ketengahkan di dalam pentas PAS. Kita kemukakan mereka sebagai ‘wajah’ PAS for All kita. Apa salahnya kalau kita ketengahkan orang asli pula? Salah? Tak salah kan.
Yang rasa risau dan bersalah adalah pihak lawan. Mereka dah sedia beribu hamper nak bagi orang asli. Buat kempen keselamatan jalan raya. Bagi helmet percuma. Buat ic baru. Ini semua taktik biasa. Tapi kalau kita letak calon orang asli – berapa tinggi hamper dia bagi pun; orang asli akan undi calon kita. Dah ada 2,000 undi. Kalau kita tambah dengan undi orang kita sendiri. Dah berapa?

Selangorkini Online memetik YB Husam:-

KOTA BAHARU, 6 Okt – PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil(PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

“Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai
calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden,” katanya dipetik daripada Bernama.

Ana setuju benar dengan YB Husam. Petanda memang Husam ada fikiran yang jauh dan matang.

p/s: ….PAS for All….

Advertisements