Ramai kawan-kawan UMNO yang ketawakan ana apabila TGNA mengatakan ciri pertama YB Galas (PAS) adalah tidak merokok. Hambali TNB gelakkan ana. Sharif (pencen Polis) pun turut ketawa. Semua orang ketawa. Mereka semua tertanya-tanya sebab musabab yang TGNA umumkan calon kita tidak merokok.

Pada ana, apa yang TGNA khabarkan itu ada kena mengena dengan kemampuan kita melaksanakan amanah dan tugas sebagai wakil rakyat. Kita hendakkan kalangan wakil rakyat yang sihat dan mampu menjalankan amanah tanpa sebarang masalah kesihatan.

Ini semua kita kena perhati dan ambil perhatian. Kalau YB UMNO nak melingkup sebab hisap cigar dan minum arak; itu adalah masalah parti dalaman mereka. Kalau PKR nak ikut sama. Kita alu-alukan. Tapi dalam PAS benda-benda macam ini kita kena jaga dengan betul-betul. Kita tak mahu kalangan YB kita terlalu cepat berhadapan dengan masalah kesihatan. Mesti sihat dan sejahtera macam TGNA sendiri. Kena berkemampuan dalam segala segi. Khususnya dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

HUKUM MEROKOK

Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak
mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya.
Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, yaitu:
1. Haram
2. Makruh
3. Boleh
4. Memperincikan hukum

Berikut ini adalah perinciannya:
1. Haram
Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak.
Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala:
(Al-A’raf:157)

2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala:
(Al-Nisaa’:29)

3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok
tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala:
(Al-Isra’:26)

4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan.” (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan” (HR al-Bazzar)

6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran
dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti
jirannya.” (HR Bukhari & Muslim)

Ini semua asas yang sangat penting. Biarlah orang ketawakan – tapi pada ana, memang wajar YB PAS tidak merokok. Bau mulut pun wangi sikit….

Advertisements