Salam.

Ana pun rasa tak patut pimpinan PAS terlalu menyanjung tinggi kehebatan Ku Li. Betul, dia hebat. Tapi dalam keadaan pilihanraya kecil; kita jangan lah sanjung sangat lawan kita. Takiyuddin bercakap. Pimpinan PAS Kelantan bercakap. Semua kata, kita takut dengan Ku Li. Masya’Allah. Tak perlu sampai begitu. Kita hanya takut kepada Allah SWT. Bukan manusia. Hormat perlu; tapi jangan berlebih sangat.

Ana perhati, kita ada kekuatan di Galas. Undi simpati kita ada. BN tak ada. Kerja baik di dalam masyarakat kita ada. UMNO dah lama berhenti bekerja untuk pengundi Galas. Mereka ketepikan GALAS. Macam tak wujud sebenarnya Galas tak ada dalam strategi pilihanraya mereka. Dengan keadaan UMNO Gua Musang macam tenggelam punca. Kita ada peluang. Tapi pendekatan kita kena tepat.

Kita kena pastikan undi Cina kita dapat maksimum. Ini kita serah pada DAP. Kit Siang dan Guan Eng tahu strategi. Tak kisahlah pasal dana wang miskin duit judi. Pada ana, itu masalah kecik. Salah faham. Melayu yang pulang balik duit RM100 tu semua gimik politik. Gimik. Hakikatnya, beratus ribu yang lain tak pulangkan pun. Salleh Man, kawan kita di sana beritahu ana; taktik BN akan makan diri. Orang Cina marah. Ramai kontraktor Cina dedah – mereka bayar pemimpin UMNO pun pakai duit haram. Apa ada hal.

Undi bukan Melayu di Galas memang tak berapa banyak. Tapi kita nak semua. Strategi – DAP turun dulu. Lepas tu TGNA turun semula. Cuci pemikiran mereka. Insya’Allah menjadi.

Dewan Undangan Negeri N45 Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang mempunyai pengundi seramai 10, 330 (berdasarkan daftar pemilih 2008) merangkumi 6, 255 pengundi Melayu, 1, 903 (Cina), 172 (India) dan 2,000 (Orang Asli).

Pada pilihan raya 2008, wakil Pas Allahyarham, Che Hashim Sulaiman memenangi pilihan raya itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Mohamad Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Sebelum itu, pada pilihan raya 2004, kawasan berkenaan diwakili oleh calon BN, Mohamad Saufi mengalahkan Che Sulaiman dengan majoriti 1,729.

Ana ngeri sikit bab undi orang asli ni. 2,000 tu banyak. Semua anggap Ku Li macam Tuhan Politik. Dengan segala macam bantuan khas kerajaan – mahunya orang Asli beli iPhone 4 seorang satu bila habis pilihanraya ni. Tak pening kepala kita….

p/s:….orang asli pakai iPhone 4….hebat.