Salam.
Kita menerima baik di atas usaha pihak UMNO untuk meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya di DUN Galas. Memang tindakan ini kita tidak berapa nak jangka. Mana tidaknya, Ku Li sudah bekerja rapat dengan kita buat sekian lama. Isu royalti minyak. Isu kaukus royalti. Ku Li rapat dengan kita. Kita pun memang memerlukan pandangan/maklum balas Ku Li dalam banyak perkara. Dia insan politik yang hebat.
Mahu tak mahu, kita kena akui – UMNO pun pandai main politik. Kalau dia tak letak Ku Li, ana berani kata kita ada 65 % peluang menang. Sekarang ini sudah jadi 55 % sahaja. Bukan mudah nak tawan GALAS semula. Tapi kita akan cuba.
Ana nak teman-teman jemaah melihat PRK DUN GALAS akan menjadi kayu ukur masyarakat Kelantan terhadap kemampuan kita. Ada rakan-rakan yang maklumkan bahawa masyarakat dan pengundi ada yang mula tak seronok dengan kita dalam beberapa isu. Isu agenda Melayu misalnya. Walaupun kita meletakkan Islam sebagai ‘lebih tinggi dan atas’ daripada isu Melayu; ada pengundi mentaliti lama yang masih meletakkan kaum sebagai asas. Ini semua soal ‘ilmu’. Kalau ilmu agama kurang; kita kena didik pemikiran masyarakat bahawa yang penting bukan Melayu. Yang lebih penting adalah Islam.
Kalau ikut populariti MB Kelantan; kita rasakan kita akan menang lagi – insya’Allah. Undi, wallahu’alam. Terserah kepada rakyat di Galas.
Kita jangan berhenti dan takut dengan Ku Li. Kita jangan anggap dia lengkap dan sempurna. Kita kena terus lawan.
Kalau Ku Li hebat; kita bawa Anwar Ibrahim. Kita tahu Anwar pun banyak tahu ‘rahsia’ Ku Li. Kita jangan bantai Ku Li. Kita suruh Anwar belasah. Kita kena jaga juga hati Ku Li ni. Kalau tidak, isu royalti minyak jadi masalah pada kita. Kita perlukan Ku Li.
Anwar lawan Ku Li; kalau atas pentas – insya’Allah Anwar menang besar. Kita perlukan Anwar nak lawan dengan Ku Li. Kes liwat? Mana ada kesan dengan masyarakat kampung. Mereka anggap Anwar mangsa. Mereka tak anggap Anwar salah.
Kita kena guna semua kemampuan yang ada. Kit Siang kita biar bercakap dengan pengundi Cina. Kit Siang lawan Soi Lek; kita menang.
Sama-sama kita semua berdoa agar kita diberikan kemenangan lagi.
Anwar + Kit Siang + MB = Menang Besar GALAS.
Advertisements