Salam Syawal – 19 Syawal hari ni. Ana semalam berkesempatan ke Masjid Kg Bharu bagi menghadiri pertemuan akhir dengan ADUN Galas. Ana memang tahu arwah sakit lama. Colon cancer ini bukan mainan sakitnya. Tak kiralah, cancer apa pun – akan mendatangkan mudarat kepada badan dalam jangka masa yang panjang. Akhirnya, Che Hashim pergi jua mengadap Ilahi setelah bertarung agak lama dengan penyakit yang ada.
Ana sempat berbual dengan YB Kulim, Zul Noordin di kawasan masjid. Dia sibuk berborak mengenai pemilihan 2010. Ana katakan, dia membuat keputusan tepat untuk keluar PKR. Tapi akan jadi lebih tepat kalau masuk PAS. YB Zul gelak sakan. Dia kata, bukan tak nak masuk PAS; tapi nanti orang PAS akan ‘bbq’ dia di dalam gelangggang politik. Ana tegaskan, PAS tidak begitu. PAS pun pandai juga menjaga kepentingan mereka yang ada potensi. Ana pesan YB Zul, sayang dia tak akan ada di Parlimen. Nak harap BN bagi jalan di Kulim – tak boleh harap. Aziz Sheikh Fadzir, dah siap sedia nak bertanding. YB Zul akan terketepi. Kecuali, YB Zul nak masuk bertanding atas nama PAS.
Ana beritahu YB Zul, ana sukakan perjuangan dan pendiriannya mengenai ISLAM. Ana hormat. Kerana YB Zul tak macam Anwar. Pendirian YB zul tegas dan mantap. Itu yang kita rasa sayang, Yb Zul tak masuk PAS. Rasa rugi sangat.
Ana mendoakan allahyarham che hashim akan ditempatkan di kalangan para solihin. Sumbangan, kerja buat sebagai YB di kawasan Galas memang membuatkan kita hormat dan sentiasa mengingati beliau sebagai pejuang PAS yang asli dan luhur.
Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10,330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Che Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari Pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

Kita akan saksikan pertandingan yang sengit di Galas. Perjumpaan dengan YB Tengku Razaleigh mesti kita usahakan secepat mungkin. Kalau Tg Razaleigh setuju membantu kita – insya’Allah kita akan menang. Peranan Ku Li akan membuatkan kita menang dengan selesa.