Selepas isu 4 bilion; timbul pulak isu 400 ribu. Bahaya juga angka 4 ni. Bawa masalah nampaknya kepada parti.

Ana mohon semua untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ilmuwan agama; yang dijadualkan ke Mekah bagi memanjatkan doa demi kesejahteraan ummat kita seluruhnya. Bukan doa pasal royalti sahaja. Kita doa untuk semua. Doa supaya Najib diberikan kesihatan. Doa supaya Kak Ros diberikan hidayah memakai tudung. Doa supaya Muhyiddin tidak rasis. Kita doa untuk semua.

Ada yang tanya ana, orang UMNO la ni – apakah doa orang PAS dah tak laku; sampai kena ‘outsource’ doa kepada kumpulan lain. Ana pandang sahaja wajah orang tersebut. Tak patut kata begitu. Ini bukan soal doa orang PAS laku atau tidak. Kita memang tidak pernah berhenti berdoa. Alhamdulillah, dimakbulkan juga dengan memberi kemenangan Kelantan dan Kedah. Perak pun kita menang; siap jadi Menteri besar – tapi game, mamak zambry dah hancurkan kerjasama kita.

Ana setuju dengan tindakan kita nak menghantar kalangan ilmuwan agama ke Mekah. Usaha kita nak perolehi royalti; dan perjuangan politik kita memerlukandoa, ikhtiyar yang berkekalan. Tak boleh berhenti. Apalah sangat 400 ribu bagi memberikan kita keberkatan dalam memimpin dan berpolitik. Tak salah rasanya.

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.
Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

Yang kita hantar ini bukan ‘broker’ doa. Bukan. Mereka ini alim dan ulama’ yang sangat zuhud dan mementingkan kehidupan bersederhana. Dengan hadirnya mereka di Mekah, insya’Allah mereka dapat menyampaikan doa dengan lebih jelas dan khusyuk.

Jangan la dok cari sangat isu PAS ni…kita hanya nak beroleh keredhaan Allah SWT sahaja.

p/s: ….