Salam Syawal.

Ana naik hairan dengan sikap bloggers UMNO yang main pusing cerita ‘sumbangan dan sedekah’ 4Billion ringgit oleh syarikat I’DA group kepada PAS. Pasai apa yang dok kecoh sangat. Biasalah. Syarikat derma kepada parti perkara biasa. Itupun takkan nak jadi cerita macam PAS ni jahat sangat. Kita pun parti politik. Kita pun nak guna duit. Kita pun pandai nak senang di dunia. Tak salah. Rabbana Atina Fid-dunya Hasanah. Bukan nak apapun. Nak hasanah. Nak kesenangan dan kemudahan.

UMNO pun ligan duit bagai nak rak. Jangan la nak menipu. Apa jadi dengan syarikat seperti HATIBUDI, PEREMBA, BANK BUMIPUTRA, DAZA CORPORATION, FLEET HOLDINGS dulu. Main duit jugak. Derma kepada parti juga. Siapa boleh menolak bahawa memang ada istilah – POLITICAL FUND. Ini istilah UMNO. Istilah PAS – sadaqah jariah.

Apa salahnya I’da nak bagi jumlah 4bilion kepada PAS. Apa salahnya? Kalau UMNO terima tak salah? Kalau Menteri UMNO buat golf untuk kumpul dana tak salah? Bila bab sampai PAS pulak jadi salah? Berapa banyak duit JUDI, BERJAYA CORP yang dah financekan Haji/Umrah/Ziarah/Orang Miskin/Anak Yatim UMNO? Berapa? Bila DAP bagi duit kepada warga emas dengan duit judi jadi masalah. Sukahati dia lah nak bagi dengan duit apa pun. Yang UMNO sibuk pasal apa.

Samada I’da tak puas hati sebab tak dapat projek, itu perkara lain. Yang penting, janji kena tepati. Jangan suka-suka sahaja nak bagi cek kosong. Dosa namanya. maka dengan itu, en Rahim mesti menunaikan janji untuk memberi sadaqah jariah sebanyak RM4 bilion. Kalau tidak jadi seperti warga luar negara yang janji nak bagi MAKNA 1bilion. Mneipu.

En Rahim kata insya’Allah. Jangan pula jadi lupa janji.

  • Sebagai orang Islam kalimah yang bermaksud “dengan izin Allah’ ini selalu digunakan apabila kita berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. Sebagai manusia kita adalah sangat lemah. Manusia tidak boleh meramal masa depan. Manusia tidak dapat memastikan apa yang bakal dilakukan akan berjaya atau tidak.
  • Oleh itu, Allah SWT telah mengajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya.
  • Allah SWT telah mengajar RasulNya, Muhammad SAW untuk mengucapkan kalimah ini. Ini telah diterangkan di dalam ayat 23-24, Surah Al Kahfi (Gua):
    “Dan jangan sekali kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini” (24).
  • Menurut riwayat ayat ini diturunkan sebagai pelajaran kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hal ini berlaku ketika mana ada beberapa golongan Quraisy yang datang berjumpa baginda ingin bertanyakan hal berkaitan roh, kisah Ashhabul Kahfi, dan Zulkarnain. Baginda menjawab kepada mereka datanglah esok pagi agar baginda boleh menceritakannya.
  • Walaubagaimanapun, wahyu terlambat turun pada esoknya menyebabkan baginda tidak dapat menceritakannya dan menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan. Oleh itu, ayat-ayat ini diturunkan untuk memperingatkan baginda untuk sentiasa mengucapkan kalimah ini bagi membuat sesuatu pada masa akan datang.
  • Banyak benda kita bokeh buat dengan RM4bilion. Boleh tumbang Terengganu kalau kita susun betul-betul.
  • Ini semua rezeki Allah SWT untuk kita sebarkan Islam.