Salam ramadhan.

Selesai qiyamullail semalam – berkesempatan di Masjid Muadz ibn Jabal, Setiawangsa – ana minum di Restoran Shah Jahan. Seronok jumpa kawan-kawan lama. Semua kawan ana dah jadi orang pencen yang senang lenang. Semua pencen jawatan bagus. TKSU. Pangkat tinggi dalam kerajaan. Pangkat tinggi dalam GLC. Seronok tengok muka dia orang. Tenang. Hanya tumpukan kepada madrasah ramadhan. Tak perlu nak fikir soal duit. Semasa dalam kerajaan pun; mereka ni puas kena ‘tekan, pulas, himpit, hentak, baling fail, disindir, dipulau’. Dah biasa. Kata mereka. Sikap orang politik bila dah ada jawatan – jangan main. Mereka akan jadi mabuk jawatan. Gila kuasa.

Sebab itu apabila IGP kata kena tekan – ramai yang depa ni percaya. Standard la…kata depa. Saya yang menurut perintah.

Daripada isu Musa, terus masuk ke dalam isu dalaman PAS. Ana malas nak cakap banyak sangat – sebab ana tahu Haji Rosli bukan ahli PAS pun. Dia ni orang ‘atas pagar’. Tetapi lebih mirip kepada UMNO/BN.

Tapi dia tanyakan ana – ‘apa jadi dengan Presiden PAS’? Ana kata ada. Bagus. Tenang. Banyak buat program ramadhan. Banyak keliling Malaysia. Tapi Haji Rosli tekankan – Presiden tak perlu buat banyak sangat kerja parti; kena juga terlibat dalam soal dasar dan polisi. Apa kata Presiden PAS mengenai isu ‘YB Surau’.

Ana diam. Ini sengaja nak taste ana ni. Hampeh betul.

Ana pun buka sirah nabi. Ana cerita tentang Islam yang perlu lebih ‘terbuka’ dalam dakwah. Ana tekankan konsep ‘dakwah bil-hal’. Ana tekankan konsep kafir yang harbi dan dhimmi. Ana cakap tentang keperluan kita buat kerjasama politik dengan DAP.

Ana cakap ikut apa yang ana diterangkan berlaku dalam ‘mesyuarat pimpinan PAS’. Ana guna penjelasan puak Erdogan. Ana pun memang setuju dengan pandangan mereka. Nak berjaya politik – tak boleh nak ‘tradisional’ sangat. Kita ke belakang nanti.

Ana tak kisah Hj Rosli terima atau tidak pandangan ana. Tapi pandangan dia pun ada betulnya juga. Presiden mesti ada ‘command’. Kalau tak setuju; mesti TEGAS di dalam mesyuarat. Jangan terikut sangat. Tapi dah kebetulan ‘pandangan Erdogan’ lebih diterima. Kita ikut sahaja. Presiden pun macam tak berapa seronok. Macam tak berapa puas hati. Tapi, kalau setakat tunjuk pada muka – tapi tak mahu suarakan dan nyatakan pandangan; rugi juga. Ini akan buat lebih ramai orang berasa curiga dengan kedudukan Presiden sekarang.

Presiden mempunyai mandat besar dalam muktamar yang lalu. Mandat besar. Perlu gunakan kalau tak setuju.

p/s:…sementara Presiden senyap; ana ikut grup Erdogan.