Salam Ramadhan.
Ada ka patut; dalam keadaan sedang elok berkawan dengan DAP, PKR; Zam boleh kata kita pernah meminta kepimpinan Negara untuk hantar semula orang Cina ke Tongsan. Murah sungguh harga politik si Zam ni. Dah tak ada modal lain ka? Untuk apa bawa isu ini? Untuk apa nak timbulkan soal PAS pernah minta itu dan ini. Busuk hati sungguh; walaupun dalam bulan Ramadhan.
Zam patut lepak di rumah, fikirkan semula bagaimana di MEMALUKAN Negara apabila ditemubual oleh media antarabangsa mengenai himpunan dan demontrasi aman. Zam cakap orang Putih saling tak tumpah macam DPP MACC yang dalam Youtube tu. Tapi jadi Menteri. Biasalah…kalau pandai main ‘air condition’. Jauh pergi dalam UMNO…
Janganlah Zam nak memandai nak memisahkan ‘hati dan perasaan’ kami yang dah terpaut dengan politik DAP. Jangan…Buang masa sahaja. Kita dah bulatkan tekad; apa pun yang terjadi – kita akan sentiasa bersama dengan DAP. Cakaplah apa pun. DAP komunis. Sosialis. Anti Melayu. PAP. Ikut Kuan Yew. Kita tak mahu dengar. Ini semua ghazwah. Ini semuanya perang. Perang minda. Perang pemikiran.
PAS dan DAP adalah rakan politik yang lebih stabil pada ketika ini. Susah senang, kita dah bersama. Diterajang rakyat. Ditolak di peti undi. Akhirnya kami muncul kembali sebagai ‘force’ yang lebih kuat.
Apabila kita berjumpa dengan orang kampung; ayat yang akan kita gunakan adalah mengenai perjuangan Islam. Kalau di bandar; kita kena jual juga gambar kita bersama rakan-rakan mata sepet kita. Apa masalahnya dengan perkara itu?
Kita percayakan DAP; bukan sahaja dengan ideologi – malahan kepimpinannya yang banyak mengamalkan sikap-sikap positif, telus dan amat senang dengan PAS. Zam Maidin hanya mahu menghadirkan kembali dirinya yang ‘tinted’ itu di halaman politik Perdana Menteri. Tak lebih dan tak kurang. Itu sahaja niatnya.
Zam patut rujuk juga Ops Lalang yang berlaku Oktober, 1987. Berapa orang PAS yang kena tahan? Kalau tak silap, Halim Arshat sahaja. Lain? Ramai orang UMNO apa…siapa lebih rasis? So…UMNO lebih mempertahan Melayu? Islam? UMNO letak tang mana? Tang kepala lutut?
Kali ini bertemu buku dengan ruas. Zam patut terus menjaga isu ‘UMNO dan UMNO sahaja’; jangan sibuk dengan PAS. Rasakan nasib bila bertemu dengan PAS di dalam mahkamah…
p/s: Hanipa Maidin lawan Zainuddin Maidin….tapi jenis lain….