Salam Ramadhan.
Ana bangga, kerana selepas sahaja TGNA memfailkan saman terhadap Petronas; kalangan Pengurusan Tertinggi konglomerat tersebut sudah mula menggelupur macam ayam nak kena sembelih buat rendang di pagi raya…alamak; cerita makan pulak. Kalangan ‘informer’ ana di dalam jabatan Perundangan PETRONAS mengatakan banyak ‘meeting tergempar’ diadakan bagi memastikan jawapan siap bagi diberikan kepada Memanda PM. Segala macam peruntukan undang-undang mereka dah keluarkan. Rujuk UN. Rujuk international law. Rujuklah….kita rujuk Quran dan hadith.
PETRONAS selama ini senang lenang rupanya di atas titik peluh rakyat Kelantan. Kita yang punya telaga. Depa yang henjut duit. Mana ada jalan. Sayangnya, yang buat undang-undang petronas ni pun tengku kelantan. Tengku yang kecewa, didustai oleh permainan politik partinya sendiri.
Hari ini, petronas dan kelam kabut dengan saman TGNA dan Kerajaan negeri. Nak sangat. Itu hari macam nak cabar. Sekarang apa macam? Kami tak peduli – PAS Kelantan mahu hak dan milik kita. Ini biasa. Kalau ikut maqasid syariah pun; jaga harta ini sudah peringkat yang sangat asas. Kalau tak tahu jaga harta; kayaplah jawabnya.
Executive committee dalam petronas ada 5 orang. 3 Melayu/Bumiputera. 1 Cina. 1 india. 1Malaysia. Kah…kah…
Dato’ Shamsul orang PM. Datuk Wan orang kita. Datuk Nasa…kecewa tak jadi Presiden pun dah macam sokong kita. Si George ratilal ni susah nak deal. Tapi Dato’ Wee ada hubungan baik dengan DAP. cantiklah tu. Ini memang dah cantik. Kalau undi pun…harus kita menang.
Tapi, yang susah nya management committe petronas. Ini semua orang gomen. Totok gomen. Payah nak buat kira.
Tak apa. Sebab itu kita bawa ke mahkamah. Biar perundangan yang selesai. Biar kita menang secara ‘sahih’
Kita pun sayang petronas. Sayang. Tapi, ini soal hak. Ini soal kebajikan rakyat Kelantan. Ana tegaskan ini sebab ada kawan-kawan tanya; yang PAS bersungguh nak serang petronas ni sebab apa. Dah felda kita hempuk. Felcra. Petronas. Sudahnya apa yang tinggal. Itu cerita esok. Ini cerita hari ni. Selagi boleh – kita lanyak.
Kawan-kawan dalam petronas jangan salahkan kita. Salahkan orang lain. PAS hanya menjalankan amanah rakyat. Bab lain, kita serah kepada Allah SWT.