Salam ramadhan.

Ana rasa cukup seronok dan teruja apabila YB yang masuk masjid, dianggap KOTOR dan BERHADAS BESAR – sudahpun menemui TG Nik Aziz kelmarin. Inilah semoleknya. Jangan jumpa dengan ulama’ kerajaan; kerana nanti dia akan kata HARAM dan TIDAK BOLEH. Sedang fatwa sendiri membenarkan bukan Islam masuk masjid. Tidak ada salahnya. Kalau nak ke mimbar pun – tidak jadi masalah. Tapi, parti jahil dan tidak tahu hukum; akan menjadikan isu daripada semua perkara.

YB Teo semalam membuktikan bahawa dia seorang wanita yang tabah. Tala takut punya. Ini UMNO gila punya olang. Kalau TGNA kata ok; apa lagi ulama’ kerajaan nak kata. Ulama’ elaun dan kereta. Ulama’ yang bagi fatwa mengikut jumlah elaun yang diterima. Payahla kalau macam itu. Banyak terhutang budi. Akhirnya, tergadai BODY. Akal pun dirantai.

YB Teo ini adalah kes klasik bahawa kita bekerja dengan DAP dalam wadah yang sama. Kita nak menang pilihanraya; menang undi Melayu dan Cina. Melayu takut undi DAP; sebab DAP bawa ajaran komunis. Bila PAS masuk; kata DAP ok – DAP sudah jadi parti HALAL. Orang Cina takut undi PAS; kerana takut semua kena sunat – bila DAP terangkan; PAS jadi senang pada mata Cina. Inilah strategi yang kita nak. Dikuatkan dengan imej Anwar. Insya’Allah rakyat akan bersama dengan kita hingga ke akhirnya. Jangan risau nak undi PAS. Kita mendokong semangat perjuangan yang sama.

Presiden PAS – membuat kenyataan berikut semalam:-

Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam,” kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

Ini merujuk kepada kes TEO la ni. UMNO punya perangai. Sampai itu pun nak jadikan isu.

Habis tu selama ini Chua Soi Lek masuk masjid/surau di Labis – HALAL ker?

Selama ini Liow Tiong Lai masuk masjid/surau; beri derma ramadhan kepada jemaah – HALAL ker?

Selama ini Ng Yen Yen (…mungkin dah tak ada period; menopause) masuk surau – HALAL ker?

Selama ini yang Tsu Koon masuk masjid dan bagi bantuan – HALAL ker?

Selama ini yang Idris Jala (…kristian) masuk ke masjid beri sumbangan kerajaan – HALAL ker?

p/s: ….mangkuk hayun sungguh; hang buat tak apa; aku buat tak buleh no….

Advertisements