Salam Ramadhan.

Nampaknya, kerajaan Negeri Kelantan sudahpun membuat keputusan untuk menyaman PETRONAS mengenai isu royalti minyak. Alhamdulillah. Ana rasa keputusan ini tepat. Ramai rakyat Kelantan yang seronok dan happy dengan keputusan ini. Almaklum, sebelum ini, Kerajaan Terengganu cakap sahaja nak saman – PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan dah goyang. Langsung keluarkan wang ihsan. Harapannya, ianya akan dapat menjamin keputusan sama.

Kita kena akui, isu PETRONAS ini dibawakan oleh pimpinan kita yang cerdik dan bijaksana – YB Husam Musa. Memang YB Husam yang perjuangkan. Kalau berjaya diketengahkan, ini adalah kejayaan bersendiri YB Husam. Kalaupun ada orang yang boleh ambil kredit – adalah kickdefella. Orang lain, tak ada. Gandingan yang sudah pecah inilah yang berjaya menghuru harakan seluruh Jabatan Perundangan PETRONAS dan AG Chambers. Menarik sungguh.

Ana suka cadangkan agar Peguam anak Kelantan membantu YB Husam dalam perkara ini. Jangan biarkan YB Husam sendirian. Kita sama-sama bantu kaji kedudukan perundangan dalam hal ‘batu nautika’ dan kedudukan tempat carigali minyak yang ada di Kelantan. Ini adalah amanah kita bersama.

Ana dapat bayangkan, betapa makmurnya Kelantan Serambi Mekah dengan duit royalti nanti. Yang pasti, kita tak perlu buat Piala Monsun sebab Terengganu dah buat. Banyak benda kita boleh laksanakan. Banyak wang yang barisan pimpinan kita boleh susun untuk kepentingan rakyat. Pasti hebat.

Para sahabat ana di Kedah pun ada yang mendoakan usaha YB Husam ini berjaya. Bukan apa – boleh membantu juga pembangunan di Negeri lain. Harap mereka.

Jika segala yang diusahakan ini berjaya, ana cukup yakin bahawa PAS akan berada di tampuk pemerintahan dengan lebih lama. Kita jangan leka. Kena pastikan pengundi. Kena pastikan isu-isu penting kita dapat selesaikan. Kalangan wakil rakyat jangan leka berlaga sama sendiri. Mesti fokus kepada menang pilihanraya.

Ana pasti ana akan ditanya oleh ramai anak saudara ana yang bekerja di PETRONAS. Mereka ini makan gaji sudah lama dengan PETRONAS. Alhamdulillah, mereka jugalah menjadi penggerak PAS di dalam PETRONAS.

p/s: ….mewah kita lepas ni….

Advertisements