Isu Negara Islam janganlah berulang kali nak diperkotak katikkan. Ana cukup kurang gemar kalau kalangan pimpinan parti lain mula nak hina perihal Negara Islam; hina pendekatan dan kenyataan pimpinan PAS; hina apa sahaja yang berkaitan dengan negara Islam. Ana rasa, ini semua hanyalah permainan politik individu yang tak pernah puas dengan ruang politik yang mereka dah rasai dan nikmati.
Negara Islam ini bukan soal main-main. Ini bukan soal dasar dan polisi parti sahaja. Ini kemahuan dan kehendak jemaah. Kalau DAP failed dan gagal nak faham bab ni – rosak banyaklah. Kita dah banyak sangat beralah. Sampai orang dah mula tanya kita; ke mana Negara Islam PAS? Dah ditalkinkan? Melampau dia orang ni. Nak kuasa. Nak nikmat politik. Tapi tak mahu ikut jalan yang betul. Payahlah.
Prof. Dr. Muhammad Abd Rauf, bekas pensyarah di Georgetown University,Washington, yang pernah menjadi Rektor Univ. Islam Antarabangsa Malaysia menulis dalam bukunya, Ummah: The Muslim nation (terbitan DBP 1991, m.s: 1 – 26) satu bab tentang konsep negara Islam.

Di sini saya akan memetik enam rukun negara Islam yg disebutkan oleh beliau, setelah memurnikannya daripada dalil2 al-Quran dan hadis.
Beliau berkata (ayat dalam kurungan adalah huraian saya berdasarkan penjelasan beliau sebelumnya),”?.sebagai menjelaskan segala penerangan di atas, kita boleh katakan bahawa Allah s.w.t. -untuk tidak menyusahkan umat Islam- telah meninggalkan kepada mereka cara membentuk negara berdasarkan kebijaksanaan mereka dan bersesuaian dengan zaman dan suasana meraka (sama ada negara demokrasi, demokrasi berperlimen, raja berperlembagaan, republik atau sebagainya) selagi mereka memenuhi enam perkara asas yang dikira sebagai ‘rukun’ negara Islam,iaitu:

1. Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani, dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengetahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentradbiran. Dia adalah sebaik-baiknya dipilih, bukan dilantik
(ditetapkan oleh pihak lebih atas).Tentang kewajaran dia dilantik,kebanyakan fuqaha’ berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan ditaati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan
syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau-bilau dan perpecahan di kalangan umat.

2. Hak membuat hukum dalam sebuah negara Islam adalah milik Allah s.w.t.(bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3). Oleh itu, undang-undang dalam negara Islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah s.w.t.

3. Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem ‘checks and balances’ (kerajaan dan pembangkang diberi peluang bersuara yang sama rata dan sama media,ia belum diamalkan di Malaysia)

4. Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul.

5. Menghormati (dan melaksanakan prinsip) hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

6. Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariah dan hukum-hakamnya.”

Makna kata, kalaupun Malaysia bakal menjadi sebuah republik (ini contoh ya…bukan telahan); tidak salah asalkan ianya menjadi sebuah Republik Islam Malaysia. Cantiklah tu.
Jangan pula orang UMNO kata 1Malaysia dah Negara Islam. Janganlah. Itu permainan politik namanya. Tunggu PAS punya. Ini baru ori Negara Islam. Bukan ciplak. Ciplak kita tak main.
Memang matlamat blog ini untuk mengangkat harakat dan perjuangan negara Islam semaksimum mungkin. Kalau kebetulan ianya sebuah Republik…apa salahnya.
p/s: Republik Islam Malaysia….sedaplah nama tu.