Salam Ramadhan.
Semalam ana terpaksa hantar sms kepada seorang pimpinan tertinggi PAS. Ana sms kerana satu soalan daripada tazkirah sebelum Zohor yang ditanyakan kepada seorang penceramah di masjid berdekatan dengan rumah ana. Lelaki yang tanya tu nampak segak. Mungkin pensyarah agaknya. Al maklum rumah ana dekat dengan universiti. Bila ada soalan yang ‘bijak’ macam tu, ana jadi cemas.
Kita berpolitik – politiklah juga. Tapi politik kita mesti ada akal dan fakta. Bila orang tanya, kita kena jawab. Soal samada dia tanya itu sebagai penyokong UMNO atau PAS; kita letak tepi. Sebagai ahli parti – kita kena siap dengan jawapan.
Pertama soalan lelaki tersebut – apakah PAS benar-benar faham dengan Negara Berkebajikan (kebetulan penceramah adalah seorang aktivis PAS setempat).
Soalan kedua – di mana kedudukan orang Melayu di dalam kerangka ‘welfare state’ PAS ini.
Jawapan:-
Penceramah menjawab; PAS memang bersungguh dengan Negara Berkebajikan sebab inilah ‘wadah’ politik baru. Tak dapat tidak, PAS mesti dapat sama menarik undi orang Cina dan bukan Melayu. Negara Islam masih menjadi cita-cita UTAMA kepada PAS. Bab itu, kita tidak akan bertolak ansur. Baik Cina DAP; atau India PKR; mereka mesti faham dengan NEGARA ISLAM BERKEBAJIKAN. ‘
Jawapan tu ok nampaknya.
Soalan 2:-
Antara ciri Negara Berkebajikan adalah ‘kepentingan semua diambil kira’; dan tidak terlalu membezakan antara darjat. Soal Melayu, kita dah rangkumkan kepada ‘persoalan rakyat’. Melayu, Cina, India kira ‘rakyat’. Tidak boleh kira Melayu sebagai Melayu. Melayu mesti diconvert menjadi ‘rakyat’.
Bab ini yang ana tak berapa nak faham. Ini pendirian rasmi kita kah? Yang sekaligus membawa maksud kita ‘samaratakan’ kedudukan semua bangsa. Betulke? Ana tak pernah dengar bincang dalam Muktamar pun. Atau ini keputusan kepimpinan.
Ana jadi keliru, kerana zaman Nabi Muhammad SAW; kepentingan Islam didahulukan. Penduduk yang beragama Islam diberikan keistimewaan tertentu. Kira macam ada ‘keistimewaan’ lah juga. Yang minoriti, diangkat dalam Piagam Madinah; dan diberikan perlindungan. Perlindungan, bermakna kata – mereka mesti ‘tunduk’ kepada pemerintahan kita. Kalau dah jadi ‘sama’, atas nama berkebajikan – ana yakin pengundi Melayu akan menilai kita mengenai isu ini.
Ana dah hantar sms kepada pimpinan. Konsep kita dalam menjaga kepentingan Melayu/Islam ini kena diberikan peneguhan dan pemahaman.
Sedangkan dalam ukuran dunia sekarang Kalau dalam konsep umum minoriti, dalam satu tulisan mengenai ‘konsep minoriti Muslim’, dinyatakan bahawa warna kulit (kulit Hitam di US), Bahasa dan Bangsa akan dianggap sebagai minoriti kiranya bilangan mereka kecil dalam suatu negara. •

‘Piagam Madinah” dibentuk pada sekitar tahun 620M. Dalam sejarah Islam, “Piagam Madinah” sendiri merakamkan bagaimana Nabi s.a.w. menjaga hak-hak Minoriti Yahudi, Kristian dan lain-lain agama. Tahun 620M yang dianggap sebagai tarikh rasmi pewujudan dan pembentukan “Muslim State’ di Madinah, dan inilah lambang ‘negara Madani’ sebenar untuk diikuti dengan perkiraan ‘Ummah’ itu adalah merujuk kepada semua bangsa. (Kettani, 1986: hlm.256) Maka lebih 920 tahun terlebih dahulu Islam telah melindungi hak minoriti. Apakah ini asasnya?

p/s: PAS Pusat kena buat kelas ‘politik’….
Advertisements