Salam Ramadhan.

Ana terganggu sedikit apabila tiba bulan ramadhan, nampaknya semakin banyak – kes demi kes, demi kes, rasuah didedahkan oleh pihak tertentu. Kita kena sedar, perangi rasuah ini adalah NKRA…bidang keberhasilan utama negara. Betullah tu. Memang RASUAH menjadi ‘keberhasilan’ sesetengah pihak. Sampai sanggup memberi makan anak bini dengan duit rasuah. Busuk sungguh amalan puak-puak ini.   Tapi kenapa setakat ini hanya semut dan ‘bilis’ sahaja yang kena. Mana lagi jerung, jaws dan raksasa lain yang nampaknya tersengih dan tersenyum melihat ikan bilis terkapai kapai menjawab tuduhan. Bagaimana dengan Pegawai Khas dan Setiuasaha Sulit Menteri yang mempunyai kemewahan yang luar biasa. Dari mana datangnya?   Selepas isu FELDA – sekarang ini timbul isu rasuah di dalam FELCRA, MIDA dan lain-lain. Apa dah jadi? Ke mana pergi nilai tahan dan semangat ramadhan depa ni. OOO…silap, ini bukan baru berlaku sekarang; ini kes lama.   Negara yang dikelilingi dengan rasuah ini BUKANLAH terjadi dengan sendiri. Pasti ada penyakit ‘lama’ yang GAGAL ditangani oleh pihak bertanggungjawab selama ini. Dalam bulan ramadhan ini, lagi kuat ‘angin rasuah’ timbul. Yang buat bukan orang politik sahaja – pegawai kerajaan pun ada juga.   Sebab itu, Kelantan memang layak jadi model sebuah kerajaan yang bersih. Suci. Manakan tidak, kes rasuah di kalangan pegawai kerajaan PAS memang kurang. Hampir tak ada. Inilah hebatnya kita. TG NA mendidik jiwa – bukan sahaja menjadi pemimpin kepada sekalian rakyat,   Rasuah ini memang buruk akibatnya.   Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                  (al-Baqarah : 188)

Sesuai dengan kejian dan kedosaannya; maka rasuah mesti ditentang. Tapi melihatkan kepada muka Pak Pak Menteri di Putrajaya tu…rasanya susah nak selesai. Kena panggil TGNA sekali sekala beri ceramah dan tazkirah mengenai rasuah – terutamanya di pejabat-pejabat Menteri.   p/s: jangan setakat pakai name tag anti rasuah….