Salam kepada semua; baik pembaca yang memang penyokong; mahupun mereka yang bersiap sahaja nak membogelkan PAS dengan apa cara sekalipun. Ana harap, bersempena Ramadhan al Mubarak ini, janganlah kita terlampau mengutuk-ngutuk PAS dan kepimpinannya. Mahu tak mahu, inilah parti yang boleh menggantikan UMNO kalau ada apa-apa kecelakaan politik yang menimpa umat Melayu. Mana ada parti lain lagi. PAS yang agak sama kuat dengan UMNO. Kita jugalah yang menegakkan Islam selama ini.

Nak berkecil hati di permulaan ramadhan dengan kenyataan Tun Madir pun payah juga. Orang tua kita kena hormat. Kita kena beri respek. Bukan sangat kita perlukan respek dia. Tapi tak apalah, kita hormat. Tapi orang kata; dalam kita hormat pun janganlah hina PAS sampai macam itu sekali. Melampau pulak rasanya. Takut nak mengutuk banyak di bulan ramadhan. Cukup sekadar kata – anak tak dapat terima takrif hipokrit yang Tun bagi kepada PAS.

Hipokrit atau tidak – PAS hanya menyediakan pilihan buat rakyat. Pilihan ini ada tatangan agama. Pilihan ini ada kepimpinan yang berasaskan Islam. Qiyadah yang jelas. Tidak ada hipokrasi. Tidak ada mainan politik yang melampau. Ini politik gaya PAS.

Parti yang lain itu lah kena kaji mengenai konsep ‘hipokrasi’. Memperjuangkan kesusahan rakyat; tapi bolot harta dan projek segenap keluarga. Siapa hipokrit? Kononnya memperjuangkan Melayu; melayu yang macamana? Siapa yang hipokrit? Kononnya mempertahan FELDA; sedang 766 peneroka sudah menyatakan ketidakpuasan hati. Saman akan diletakkan ke mahkamah. Amacam? Siapa hipokrit?

Ana nak guna kesempatan ini – biarlah digelar hipokrit; namun kita akan menggantikan parti pemerintah. Itu lebih utama dan penting. Kita akan biarkan sahaja kalangan Tun/Tan Sri menuduh kita apapun jua. Soal kita nak kawan dengan DAP – itu soal kita. Soal politik kita. Permainan politik kita. Jangan nak ganggu gugat kesejahteraan PAS.

Inilah hakikat perjuangan. Tidak semua datang dengan mudah. Kena ada orang benci. Kena ada orang hina. Kena ada orang hamun. Kena ada orang keji. Baru namanya perjuangan. Kalau semua senang – minta dapat; minta dapat; itu bukan perjuangan. Itu namanya ‘bertuhankan’ politik.

Salam Ramadhan al Mubarak….Ramadhan Kareem.

Advertisements