Ana turun ke mahkamah KL hari ini; dengan harapan ada sambutan kecil-kecilan ulangtahun Ketua Umum PKR, DSAI di mahkamah. Ada terima sms yang minta kita bertemu di kompleks mahkamah; ana ingat memang ada pimpinan yang akan turun bersama – rupanya tak ada pun. Tak kisahlah. Janji ana berkesempatan jumpa DSAI dan ucapkan selamat ulangtahun. Ana sedih bila tengok muka Anwar. Sedih sebab perjuangannya tidak pernah luntur. Itulah yang hebatnya.
Ana bersama dengan beberapa penyokong PKR terus ke kafeteria – untuk minum. Esok dah ramadhan. Kita minum dulu. Sewaktu di mahkamah, ana berjumpa dengan seorang anak saudara yang bertugas sebagai Peguam. Budak muda. Lulusan UIAM. Cium tangan ana. Ana memang suka dengan anak saudara ana ini. Memang penggiat PAS di Universiti buat sekian lama. Bakal pelapis, insya’Allah.
Dia bertanya ana tentang kes terbaru 766 peneroka lawan FELDA. Ana diam. Ana ada terbaca semalam. Tapi tak sangka kenapa dia tanya. Dia cuma sebut; kenapa kali ini peguam PKR yang nak bawa kes ini? Ana tak ada jawapan.
Dia kata, kes sebelum ini dikendalikan oleh Peguam PAS. Wan Rohimi dan Asmadi adalah dua orang tokoh peguam muda yang semakin dihormati di kalangan anak muda. Kes mereka mantap. Sehinggakan di bawa ke mahkamah rayuan pun tewas. Kenapa kali ini kes ini nak dibawa oleh peguam PKR seperti Sivaraasa dan Lateefa Koya. Ana tak tahu nak jawab.
Anak muda ini sekadar mengingatkan – jangan kita berebut isu. Secara jujur, kata dia, PAS lebih mampu memperjuang masyarakat FELDA; bukan PKR. Ana kata, mungkin ada persetujuan dengan pimpinan. Kita tak tahu. Tapi sebagai pelapis muda PAS; mereka lebih gemar kalau PAS yang jadi qiyadah dalam isu FELDA. Bukan PKR.
Ana setuju juga dengan pandangan anak muda jemaah kita ini. Mungkin ada benarnya. Mungkin imej kita yang ‘zuhud’ dan ringkas lebih sesuai memperjuangkan isu FELDA. Tapi, kalau itulah pilihan penduduk Serting – kita akur sahajalah.
Ana terus buka Malaysiakini – dan ada isu ini.
Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa “wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit” selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

“Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta,” kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

Apapun, ana nak ucap sekali lagi – Selamat Ulangtahun DSAI!
PAS SAYANG DSAI! PAS BERSAMA DSAI!
Advertisements