Alhamdulillah, kawan-kawan wakil rakyat kita di Terengganu nampaknya sangat berpengalaman dan bijak menyusun isu dalam menempuh Sidang DUN. Kita ucap tahniah kepada YAB MB Ganster Dato’ Seri Ahmad Said yang baru dapat pangkat dan gelaran baru. Harap-harapnya, dapatlah menyesuaikan diri dengan gelaran DATO’ SERI; tak buat perangai budak-budak dalam Sidang DUN. Matanglah sikit. Awak tu dah jadi MB. Bukan kerani lagi. MB. Menteri Besar. Ini kalau MB perangai macam budak-budak; idea macam budak-budak; berucap macam budak-budak – bikin malu sahaja.
Ana nak ucap tahniah kerana kita bawa isu belanjawan. Isu ini isu besar. Isu rakyat. Ini bukan isu main-main. Suka-suka nak tambah belanjawan ratusan juta sebab sudah kurang duit agaknya. Itulah, tahun lepas belanja hari raya sahaja makan dekat RM1 juta. Bagi makan rakyat. Rakyat kenyang. Rakyat jadi bengap. Rakyat mengundi Ahmad Said. Ini sahajalah sifir politik UMNo Terengganu. Semua boleh beres dengan duit.
Kita mintalah YB-YB kita di Terengganu bawa juga isu KOLEJ MATRIKULASI TERENGGANU yang masih belum siap? Apa cerita? Siapa kontraktor? Siapa konsultan? Apa masalah? Ada yang kata, isunya adalah soal penggunaan DANA KHAS. Siapa yang nak bayar. Najib atau Mat Said? Ada YB kita yang bercakap hal ini? Tak ada pun.
Bila kita cakap pasal bajet, kita kena bagi contoh tentang projek mana yang gantung sebab kurang bajet. Bagi rakyat celik mata sikit. Bagi rakyat faham sikit. Ini baru mendatangkan impak yang maksima.
Langkah Presiden PAS untuk turut bertanyakan soal bajet dan belanjawan terengganu ini memang pada ana tepat. Sebagai orang terengganu, TGHH kena perjuangkan isu Terengganu. Isu politik dalaman PAS tak payah fikir dahulu. Kita fokus kepada Terengganu.
Ana setuju dengan kenyataan YB Abdul Wahid Endut; kita boleh menang semula Terengganu kalau ikut ‘arus’ sekarang. Arus di mana UMNO Terengganu sibuk tanding sama sendiri; siapa boleh ada Alphard, X6, Chayenne, BMW M Sport single digit dulu. Hebat UMNO terengganu. Tengku Putera, katanya sibuk ke KDN mencari projek itu dan ini. Samalah dengan Din Adam dan YB-YB ‘kutu rayau’ UMNO yang lain. Inilah yang kita nak. Biar mereka berlaga, berlawan, bersaing SIAPA KAYA sama sendiri. Kita fokus kepada kerja sahaja, insya’Allah berjaya dan berkesan.