Ana nak ucap terima kasih kepada pimpinan yang sudahpun menyatakan secara tegas mengenai isu saman ekor ini. Memang perlu pun kita bantu rakyat. Mereka dah cukup tersiksa. Dahlah kena kumpul duit bayar saman; kena lagi senaraihitam. Ini semua menyusahkan rakyat ke tahap yang maksima. Tak tahulah ke mana perginya nilai budi di kalangan penjawat jawatan kerajaan sekarang ini. Hancur. Habis rakyat hendak ditindas.
Kita bernasib baik juga, sebab isu saman ekor; kita ada modal nak bantu rakyat. Tindakan KSN (kawan kita) ini memang tepat. Bukan sangat nak beri kelebihan kepada kerajaan BN; tetapi kepada kita dalam pembangkang. Kalau kita tak pandai main isu ini; rugi.
Ana dengar ada usaha nak buat demontrasi di pejabat PM mengenai perkara ini. Pemuda UMNO memang siap nak tampilan ‘lakonan pejuang rakyat’. Kumpul depan pejabat PM; laungkan semangat 1Malaysia. Modal itu sahajalah yang mereka ada. Berlakon dan terus berlakon.
PAS/DAP/PKR kena usaha untuk bantu rakyat bab saman ekor ini. Pastikan rakyat ada bantuan guaman yang cukup. Kita lawan habis-habisan. Kita jangan bagi peluang mudah kepada kerajaan. Sampai bila rakyat nak kena tindas,
Ana sendiri ada 7 saman ekor. 7. Haram sungguh, Kita nak balik kampung awal; pecutlah sikit di lebuhraya. Dia hantar surat saman. Ini semua agenda 1Malaysia: Rakyat disusahkan; saman didahulukan. Jahanam negara. Kita kena buat program bersama rakyat bab saman ekor ini. Beri pamphlet, kalau mereka ada masalah guaman mengenai saman ekor; cari peguam kita. Kita akan berhadapan di mahkamah.
Bab saman ekor ini, kalau kita menang – ana rasa semakin rakyat sayang kepada kita. Di sebalik heboh cerita pasir; yang kita tak berapa nak dapat hasil – baik kita perjuangkan isu saman ekor. ada untung sikit. Untung politik. Jangan harap untung ekonomi sahaja. Untung politik pun penting. Barulah kita boleh bertahan lama. Sebenarnya, mengikut cerita kawan ana di Bukit Aman, PDRM sendiri tak seronok dengan undang-undang ni. Bukan depa yang nak. Ini semua arahan KSN. KSN bagi ‘circular’ untuk menyatakan tidak ada diskaun. Termasuk kesalahan yang dibuat oleh kereta-kereta Menteri. Ana sokong bab ni. Bagus. Biar Menteri pun rasa nak bayar saman. Takkanlah nak suruh drebar bayar. Malulah sikit.
Tapi bab rakyat kita kena bela. Jangan tinggal. Termasuk lah rakyat macam ana ni. Ana pun banyak saman.
Advertisements