Sekarang ini, kita memasuki era baru pentadbiran kerajaan. Nyala lilin pun dah jadi benda salah. Bahaya. Boleh masuk lokap. Boleh masuk ISA. Boleh pergi Kamunting. Boleh pergi Simpang Renggam. Boleh dituduh sebagai pengganas. Boleh dianggap sebagai pengikut Ben Laden. Boleh dihukum semahunya.
Puas ana nak menunggu nilai kejantanan kerajaan keluar kebelakangan ini. Beranilah sedikit berhadapan dengan pembangkang. Kalau setakat nyala lilin pun dah ngeri dan takut – macamana. Bagilah peluang. Payahlah macam ini. Macam mana anak-anak yang belajar tahfiz di Baling nak belajar. Mereka pakai lilin juga. Pengganas jugakah itu? Boleh ditahan ISA?
Dalam masa yang sama, YAB Nizar semalam merasmikan satu tindakan baru kita untuk menghentak penyelewengan dalam FELCRA. Ofis besar. Dekat W Maju. Dekat seksyen 10. Ana tahu – sebab ana pernah hantar isteri berkursus di situ. Pejabat hebat. Luar biasa. Staff banyak yang makan gaji buta. Pagi lepak kat kedai mamak. Tengahari hilang ke Jaya Jusco. Sekarang ini katanya diketuai oleh seorang penyangak politik Perak. Lagilah hancur.
Cakap memang berdegar mamat Pengerusi Felcra ni. Tapi dia sendiri tidak ada kredibiliti. Hancur. Tidak ada nilai tambah pun. Asyik susun projek untuk kawan-kawan. Dapat jawatan pun sebab nak bagi ‘mulut busuk’ dia terus bising kutuk Kerajaan. Itu yang dilantik.
Balik pada soal ‘vigil’ ini – jangan ngeri sangat dengan tindakan nyala lilin. Come on lah bro. Setakat nyala lilin. Apa ada hal. Tak kacau orang pun. Bukan nyala molotov. Nyala lilin.
A vigil may be held on the eve of a religious festival (feast days), observed by remaining awake–“watchful”–as a devotional exercise or ritual observance on the eve of a holy day.[1] Such liturgical vigils usually consist of psalms, prayers and hymns, possibly a sermon or readings from the Holy Fathers, and sometimes periods of silent meditation.

The term “eve” means that the observance begins on the evening before. In traditional Christianity, the celebration of liturgical feasts begins on the evening before the holy day because the Early Church continued the Jewish practice of beginnnig the day at sunset rather than midnight.

Probably the best known vigil is the Easter Vigil held on Holy Saturday. The Midnight Mass held on Christmas Eve is a remnant of this practice.

In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil (consisting of Great Vespers, Matins and the First Hour) is held on the eves of Sundays and all Major Feast Days (such as the Twelve Great Feasts and the Feast Days of important Saints) during the liturgical year.

Bukan kita nak ikut sangat kerja buat Kristian Ortodox; tapi ini cara kita ‘berpolitik’. Takkan itu pun jadi salah. Niat kita nak sedarkan kerajaan. Bukan nak anut agama lain. Biasalah lilin. Pasal apa lah agaknya kerajaan ni ngeri sangat dengan tindakan kita. Susah nak faham.