Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salahurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut.

“Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka.

========================================================================================

Itu sumber Harakahdaily, bukan ana yang buat. Nanti ada pula juak-juak UMNO yang angin dengan ana. Apahal pulak yang dia orang ni marah kalau kita cakap pasal FELDA pun ana tak tahu. Kaya sangatkah dia orang ni? Seronok sangatkah jadi peneroka? Kaya semua ke anak pinak mereka?

Tak ke mereka ingat dengan kes Awang Soh (353 yang lain) lawan FELDA. Kita menang. FELDA memang menipu timbangan. Menyeksa batin peneroka selama ini. Tak sedar lagi? Apa dia orang ni dah makan mandrem Pontian ker (Ahmad Maslan). Ahmad Maslan pun selalu turun ke Parit Madirono, kata ahli jemaah kita di sana. Jumpa dengan pawang besar. Jumpa dengan bomoh. Tak tahulah. Nak bomohkan rakyat. Atau nak bomohkan Najib – supaya tak marahkan dia dalam kes FELDA ni.

Orang FELDA, jauh dan dekat, janganlah jadi insan yang ‘taklid’ dengan budaya angguk Pegawai Felda. Buang masa. Dia orang makan gaji. Kita buat mereka kawan. Jangan bermusuh. Di kalangan mereka pun ramai orang kita. Tak tahu macamana kita menang kes Awang Soh? Orang dalam FELDA juga yang bantu. Pegawai FELDA juga yang bagi banyak info kepada peguam kita. Akhirnya, tunduk mereka sampai di Istana Keadilan. Amacam? Nak lawan lagi?

Bayangkan kalau semua 150,000 peneroka buat kes kepada FELDA. Pening mereka nak jawab. Mahu dibuat bangunan lagi satu – khas untuk tempatkan kalangan peguam-peguam baru yang disusun untuk bertembung dengan FELDA. Baru betul..

Ana setuju sangat kita jumpa Ku Li bab FELDA ni. Ku Li banyak pengalaman. Dalam PETRONAS. Dalam FELDA. Kita pakai pengalaman tersebut. Kalaupun tak pernah berada dalam FELDA; Ku Li pernah menjad orang muda yang dirujuk dalam isu-isu ekonomi. Pasti ada info yang dia dapat dari mana-mana bahan lama.

Ku Li walaupun orang lama; tapi idea banyak. Kalau dapat kita gabung macam tahun 1990 pun bagus juga. Ku Li gabung Anwar; gabung Haji Hadi. Mantap. Inilah perpaduan Melayu yang lebih membawa makna. Bukannya perpaduan ala umno-pas. Itu bukan gabung. Itu mainan politik.

Ku Li + Anwar + Haji Hadi = kita tawan Putrajaya. Jangan ingat Ku Li lemah. Dia ada power tu. Orang Kelantan. Akal banyak