Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

“Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

“Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

================================================================================================

Pandangan ana, cukup sakitlah UMNO kalau melakukan perkara yang sedemikian. Harussani bukan calang mufti. Kelas A. Berani kerana benar. Cakap tak ikut samada engkau pemimpin PAS atau UMNO. Mungkin dengan Sultan – Mufti Perak tersebut adalah berlembut sedikit. Kali ini nak cakap soal perpaduan bagi pihak parti politik bernama UMNO. Ana setuju juga dengan pandangan Mahfuz itu – desperate sangat ke dah?

Tapi dalam pada ana meneliti satu demi satu kenyataan; baik di kalangan pimpinan kita mahupun parti lain; ana belum nampak cakap-cakap yang ‘bunyi dan bau’nya ikhlas nak bersatu. Yang sana tu dah tentulah…takut kalah; baru nak bersatu. Yang kita ini, apa perlunya kita bersatu – kalau kita masih utuh dengan DAP dan Anwar Ibrahim? Apa perlunya UMNO? NGO desak? Itu hal dialah. Tak ada kena mengena dengan kita.

Soal tahun 1978 kita kena tendang oleh Tun Hussein itu satu hal. Ana baru umur 16 pada ketika itu. Berbuih juga arwah ayah ana mengutuk Hussein lembik pada ketika itu. Luka hati orang PAS. Habis sekampung gelakkan arwah ayah ana sebab kena tipu dengan UMNO. Takkan nak kena lagi….

Kita kukuhkah sahajalah hubungan kita dengan Anwar dan DAP. Dengan Anwar, sementara dia ada kekuatan ini; kita tumpang. Bila dia dah ke dalam; lepas itu kita kaji gerakan lain. Dengan DAP; asal dia jaga kita elok. Ambil berat hal kita. Ambil tahu nasib pemimpin dan YB PAS; kita teruskan sahaja. Tak guna nak gostan.

Ana tak percaya masyarakat nakkan sangat kita bersatu dengan UMNO. Ana rasa, ahli kita lebih selesa kita meneruskan dengan PR. Dengan Anwar dan DAP. Ana rasalah. Sebab ke manapun ana pergi; ramai yang tak berapa ‘syoh’ nak berkawan dengan parti terdesak dan tersedak. Terdesak nakkan sokongan. Tersedak dengan kekayaan.

* kalau mufti dah berbohong….lingkup lah jawabnya. ESQ apa cerita? kejap ok…kejap tak ok….