Ramai orang bertanya kepada ana, kenapa agaknya FAM ini tidak menjadi Persatuan yang baik dan tersusun. Dibantu dan didorong oleh Istana. Banyak syarikat korporat yang sedia membantu dan mencampakkan karung duit. Boleh mendapatkan penajaan dengan mudah; sekali ketik jari – berjuta masuk kantung pun tak maju-maju. Apa masalah FAM ini sebenarnya? Dulu, ada juga mereka yang yakin kononnya Ketua Pemuda UMNO aka Si Kitol akan menjadi ‘penyelamat’ kepada FAM. Kononnya ada rancangan realiti – MyTeam yang akan membawa bolasepak Malaysia ke tampuk kejayaan yang luar biasa. Maka, sebagai menantu kepada Perdana Menteri – permaidani merah disediakan untuk Si Kitol. Menang mudah. Bergaya.
Ketua Pemuda UMNO masa itu yakin bahawa hubungan baiknya dengan banyak syarikat ternama akan membuahkan hasil kepada FAM. Belumpun lama, Si Kitol pun tersungkur di pintu harapan. Habis semua dikencingnya. Baik kawan dan lawan. Janji nak memajukan FAM; dicampak di luar longkang Sri Perdana di PUTRAJAYA masa berkemas keluar dengan Pak Lah. Hancur harapan rakyat nak tengok FAM maju.
Kali ini, Ketua Pemuda ada proksi dalam FAM. Abdullah Hishan dikatakan sebagai ‘Uncle’ di dalam arena bolasepak kepada KJ. Perangai pun tak ubah banyak. Lebih kurang sama. 2 x 5. Kaki kencing juga.
Tapi Abdullah Hishan bukan sahaja kaki kencing; tapi juga ‘kaki sental’ perempuan. Pantang nampak. Dia rembat. Tak kira bini orang ataupun tidak. Dia tak kisah samada orang itu dah berkeluarga ataupun tidak. Inilah ‘petaka’/’sumpahan’ yang ada dengan FAM. Kalangan seperti Abdullah Hishan nak diangkat sebagai pemimpin bolasepak. Tapi kita nak harapkan budak-budak bola kita jari orang baik. Pimpinan macam Abdullah Hishan? Dibiarkan sahaja? Kali ini tawarkan diri sebagai Naib Presiden FAM. Memang pada satu ketika, Abdullah Hishan bantu YB NIZAR menang Persatuan Bolasepak Perak. Tapi, tolong tak ikhlas. Tolong minta duit.
Masalah FAM ini bukan kepada tampuk kepimpinan. Tetapi kepada pimpinan pertengahan yang lebih sudu dari kuah. Ikut kepala sendiri dan tidak pernah nak dengar arahan dan titah DYMM Tuanku.
Abdullah Hishan ini tidak perlu diletakkan di dalam pimpinan FAM. Jadi kotor dan busuk. Mungkin ada yang kata, kita cakap berdasarkan apa? Ikut sedap mulut. Tanpa bukti; tanpa alasan. Kita nak rakyat jengah semula kes DATO’ ABDULLAH HISHAN BIN MOHD HASHIM LAWAN SHARMA KUMARI SHUKLA. Ada berani? Kita bukan cakap ikut sedap mulut. Ini ada bukti.
Di dalam pernyataan mahkamah, berapa kali Abdullah Hishan mengaku dia ‘berzina’ dengan perempuan tersebut. Banyak kali. Mengaku. Dalam mahkamah. Di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Berlaku pada waktu sama di MAJLIS ANUGERAH BOLASEPAK NEGARA. Mengaku. Sharma Kumari masuk bilik. Tukar baju. Lepas tu…berlakulah. Selepas daripada itu, jumpa hampir setiap hari; kecuali hujung minggu. Atas alasan sibuk mengurus syarikat.
Banyak lagi insiden ‘perzinaan’ di Radisson Hotel, Langkawi. Di Churchill Inter Continental London. Siap gugurkan kandungan di London.
Selepas KJ ; takkan kita nak biar mamat ni pula tadbir FAM. Walaupun di peringkat Naib Presiden. Karut lah. Tak malukah muka FAM. Tak malukah UMNO nak letakkan orang yang ‘moral baggage’ ini di persatuan yang hebat? Apasal pulak pemimpin macam ini nak kita ketengahkan sebagai pemimpin bola Negara? Karut! Busuk nama bolasepak Negara.
===============================
* kalau individu macam ini pimpin FAM….jahanamlah bola kita!!!