Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

“Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal,” ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Ana bukan apa, takut sangat nanti orang kata kita cakap tak serupa bikin. 5 tahun tanpa cukai ini maknanya, tidak ada dana untuk mengurus Negara. KSU punya elaun. TKSU punya elaun. Semua para pegawai kerajaan punya elaun (yang diperoleh secara halal atau haram); nak korek daripada mana? Ana cuma khuatir, kenyataan YB yang amat ana sayang ini; akan sebenarnya meletakkan PAS di dalam keadaan yang tidak mampu untuk menahan asakan.
Kita kena sedar, kita sebenarnya menjanjikan ‘syurga’ kepada kakitangan kerajaan. Tapi, soalnya sejauh mana kita yakin mereka akan membantu kita juga. Kita boleh janji. Masa zaman Pak Lah, kita memang ada kelebihan kerana PM lama itu ada sedikit masalah menyusun strategi. Najib ada kaedah dan cara lain nak jaga pegawai kerajaan. Kita janji, takut kita yang tertiarap.
Memang kita seronok bila kerajaan naik harga barang. Kita kritik. Kita banyak bahan nak jumpa orang kampung. Kita boleh sua orang kampung dengan hakikat bahawa BN tidak pandai jaga pentadbiran. Kalau setakat naik 5 sen; baik tak payah naik. Tapi nak naik juga. Sebab apa? Sebab apa?
Kita minta Kerajaan BN bagi contoh jelas macamana nak belanjakan wang RM750 juta daripada hasil penjimatan subsidi. Bagitahulah. Kat mana nak belanja? Berapa Kelantan dapat? Berapa Sarawak dapat? Berapa KL dapat? Kita senang nak kira samada kerajaan BN ni adil atau tidak. Setakat umum penjimatan RM750 juta sahaja mana cukup. Tak adillah kalau begitu. Baik bagi pada PAS; tahulah kami nak susun dengan agenda Negara Berkebajikan. Tahulah kami nak kongsi secara adil.
Cadangan Husam itu ada baiknya; tapi kena susun semula. Tunjuk bagaimana kita nak urus tadbir tanpa cukai. Macamana kita nak lakukan pembangunan tanpa modal cukai yang banyak. Kalangan kita pun nak tahu juga. Senang nak yakinkan orang kampung.
Advertisements