Ana penat nak jawab pertanyaan kawan-kawan mengenai usaha mewujudkan kerjasama dengan UMNO. Kenapa timbul semula cerita ni pun kita tak pasti. Tapi khabarnya, ada sambutan baik di kalangan pimpinan PAS sendiri. Ada yang kata TG Haji Hadi pun agak menerima idea ini. Demikian juga dengan Ustaz Nasa. Ketua Pemuda juga nampaknya sangat menerima cadangan yang dikemukakan. Naib Ketua Pemuda PAS pun sama.
Habis tu, kalah dah ramai yang setuju; waima TG Nik Aziz pun dah agak terbuka hati; apa kata jemaah? Wajar diteruskan? Apakah ini jalan kita? Apakah ini namanya tahalluf siyasi yang kita idam-idamkan. Apakah ramai umat Islam akan menerima percantuman ini? Cantum daripada segi apa? Setakat mana cantumnya? Ramai juga kawan-kawan yang mula resah. Ada yang kata, cantum dan dekat dengan UMNO bagus. Ada yang kata tidak elok untuk PAS. Soalnya, yang mana satu? Ok ke tak ok?
Ana cakap begini kerana kita kena jaga hati kawan-kawan PR. Apa kata Anwar nanti. Kita tak mahu Anwar terlalu kecil hati. Anwar pun banyak juga berkorban untuk kita. Bantuan kewangan. Bantuan sokongan. Pendek kata, moral dan material. Dia ada bantu. Inilah perlu kita nilaikan. Belum lagi dengan kerjasama DAP. Sanggupkah kita nak biarkan Guan Eng dan Kit Siang berkecil hati. Banyak susah senang kita dah kongsi dengan mereka. Kejayaan Nizar memimpin Perak; banyak dibantu DAP. Takkanlah kita semudah itu nak tinggalkan kawan dan perjanjian. Kita kena tengok banyak perkara.
Anwar bantu PAS dengan cara dia. Pidato Anwar. Gaya Anwar. Semua ini banyak juga bantu PAS. Kita kena kenang jasa.
Betul, ana pun suka kalau umat Melayu/Islam bersatu dan berdiskusi mengenai Islam dalam suasana yang positif. Ini memanglah yang terbaik. Inilah juga yang kita impikan. Tapi ana tak nak pula Abang Rosli (PKR Klang) atau Mr Soh (DAP W Maju) kutuk kita sebab tak setia. Belum lagi dengar bebelan puak India dalam PKR nih. Mahu diludahnya bendera kita. Mahu bersepah ludah dan kahak di atas bendera kita. Tak larat ana nak tengok.
Bab ini, kita kena serah kepada pimpinan buat keputusan. Buat keputusan yang jelas dan disukai oleh jemaah. Jangan buat keputusan ikut kepentingan diri sendiri. Fikir jemaah. Fikir Negara Islam. Fikir baldatun toyyibah wa rabbul ghafur.
Ana cuma terfikir, kalaupun ada usaha penyatuan – ianya mestilah menguntungkan PAS secara politik. Jangan kita yang rugi. Kalau perlu minta jawatan; kita kena minta. Bukan kita minta sebab gila kuasa – tapi kita gunakan sebagai asas untuk membantu syiar PAS dan Islam.
Kita tunggu sahaja jawapan pimpinan. Masalah dengan Umno dan Pak JIB ni sombong la pulak. Orang dia cakap lain. Dia cakap lain. Dia kata, tak perlu PAS pun UMNO kuat. Ini apa pula cerita? Nak jumpa – tapi pukul belakang PAS lagi. Ini melampau. Jangan nak main ‘pondok pondok’ dengan kepentingan politik.
* mana pergi ulama’ muda UMNO….senyap sahaja. sambung belajar ker?
Advertisements