Harakahdaily hari ini masih memikirkan samada ADUN PR mahu atau enggan hadir di Persidangan DUN Perak; yang dijadualkan pada 3 Ogos ini. Seminggu sebelum ramadhan. Seminggu sebelum puasa. Sebelum kita masuk fasa ramadhan al mubarak; elok juga agaknya kalau ADUN kita ramai-ramai menghadiri Sidang DUN dan menyelesaikan masalah rakyat. Kita agaknya dah lama sangat mengabaikan tugas hakikit ini. Main politik. Main politik lagi. Lepas tu masalah rakyat terabai. Rakyat tak nampak kehadiran kita di akar umbi. Nak jawab macamana?
ADUN PAS kena bincang elok-elok dengan kawan-kawan DAP. Sidang DUN adalah tanggungjawab. Kalau di peringkat Parlimen kita boleh hadir; beri pandangan; serang kerajaan – kenapa tak mahu guna Sidang DUN Perak? Rugi rasanya.
Anne Zambry punya cengkaman bukan main lagi. Buat Yayasan. Buat think tank. Beri peruntukan khas kepada ADUN BN. Beri jawatan kepada Ketua-Ketua Bahagian di Perak. Semua dia buat. Gerakan dia banyak lapisan. Ini kita kena hormat juga anak nelayan Pangkor ni. Hebat juga.
Soalnya, kita nak buat macamana? Kita nak terus jaja YAB Dato’ Seri Nizar? Sampai bila? Ada di kalangan orang kita sendiri yang dah mula tak berapa senang dengan strategi macam ini. Rakyat masih menunggu tindakan kita.
Ana cadang, di peringkat pusat – PR mesti bersetuju dengan usaha mencari kewangan kepada wakil rakyat kita. Kena usaha. Jangan kita nak tunggu dan tunggu lagi. Beri setiap wakil rakyat/ADUN kita seluruh Negara dengan RM100,000 seorang. PAS ada 83 orang yang menang DUN. 83 kali 100,000; baru berapa. DAP ada 73 orang. 73 x 100,000 baru berapa. PKR ana tak ingat menang berapa. Kena usaha. Katalah modalnya rm15 juta. Tak apalah, untuk rakyat.
Tak mustahil kita dapat kumpul Rm15 juta. Tak mustahil. Syaratnya, PKR Selangor kena bantu. TS Khalid boleh guna kedudukan sebagai MB Selangor untuk bantu kita. Apa salahnya. Bukankah kita satu pakatan. Ini yang ana kata – ikhtiyar politik.
Kita kena fokus kepada Perak juga. Ikut sentimen; kita masih boleh permainkan. Orang Melayu luar bandar di Perak; mudah percaya cakap kita. Ini kita dah buktikan dalam PRU12 yang lalu. Mereka suka dan sokong kita. Boleh pun. Kita kena buat sekali lagi; fokus kepada kawasan yang ada peluang menang.
Ana cadang, kita pergi Sidang DUN 3 Ogos ini. Kena pergi. Usahakan sesuatu untuk membuka hati rakyat. Dedah kepincangan kerajaan Anne Zambry al-Pangkori. Kena buat.