As salam.
Alhamdulillah, sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, dihormati rakan taulan, dihargai tahapnya sebagai seorang khallifah unggul – saranan TG Nik Aziz agar Kerajaan Kelantan mengubah Perlembagaan dan berkemungkinan meletakkan ‘bukan Melayu’ sebagai Menteri Besar sudahpun mendapat perhatian yang bersungguh oleh UMNO/pengampu kerajaan yang KONONNYA memperjuangkan 1Malaysia. Saranan TG ini, adalah suatu usaha yang sangat ‘berani’, terkehadapan dan menjurus kepada Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Memang ramai yang terperanjat, malahan penulis mendengar cerita – bahawa semua ahli UMNO di Kelantan TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang kenyataan terhadap saranan Tok Guru.
Apa hujah dan sanggahan? Mestikah MB orang Melayu? Atas dasar apa? Sedang agama kita tidak ditegakkan atas dasar bangsa. Bilal ibn Rabah yang gelap gelita, seorang negro – diangkat menjadi salah seorang yang paling dipercayai. Ini menandakan, bangsa TIDAK MEMBAWA makna apa-apa bila kita di sisi Tuhan. Allah SWT hanya mengukur kepada taqwa. Kepada nilai keimanan kita kepada-Nya. Bukan sebab kita Melayu. Apatah lagi bukan sebab kita Dulu, Kini dan Selamanya UMNO. Inilah yang tidak Islamiknya kepada UMNO. Disinilah membayangkan UMNO itu sebuah parti yang sesat. Menyamakan bangsa dengan agama. Sesat.
Kita biarkan orang UMNO Kota Bharu (sudah tentulah pemimpinnya bodoh dan bingung), pemimpin UMNO Pasir Mas, UMNO Rantau Panjang – memikirkan sebarang hujah untuk menidakkan saranan TG NA. Tak dapat punya. Sebabnya, kita bercakap pasal Islam. Mereka cakap pasal bangsa. Tak kena. Mereka ketinggalan kapal. Apatah lagi bila Perdana Menteri Atantuta mengumumkan mengenai 1Malaysia. UMNO lagi tersepit. Takde alasan nak menafikan hujah Tok Guru kita. Inilah hebatnya pemikiran seorang pemimpin Islam yang unggul seperti TG NA ini.
Kita nak beritahu kepada puak UMNO, bahawa soal kepimpinan, soal KHALIFAH ini – perlu mengisi beberapa faktor yang penting. Antaranya:-
– seorang Muslim
– Lelaki
– Baligh
– Berakal
– Adil
– Merdeka (bukan Hamba)
– Mempunyai kemampuan.
Tak ada soal bangsa Melayu dalam syarat-syarat ini. Bacalah buku ulama’ mana sekalipun, tak kira yang Syiah ataupun yang Sunni; dia tidak memikirkan soal bangsa. Apatah lagi parti UMNO. Kita mewarisi interpretasi Perlembagaan zaman kuno yang tidak 1Malaysia sifatnya. Semuanya perkauman. Rasis. Apakah seorang Cina yang lahir di Kota Bharu, memeluk Islam selepas baligh; mampu membaca al-Quran dengan baik, mempunyai ijazah profesional yang dihormati – tidak wajar diangkat sebagai MB kerana dianya Cina? Adil? 1Malaysia? Tidak perkauman?
Perlembagaan ini ciptaan manusia. Kita sudah matang. Demokrasi kita sudah bijak. Kita tidak lagi terikat dengan ‘rantai perkauman’ yang sempit. Kita biarkan UMNO yang bodoh sahaja meneruskan agenda bangsa. Kita kekal dengan perjuangan Islam. Yang lebih penting, sekiranya Cina itu mampu memimpin apa salahnya? Bukankah kita pernah dipimpin oleh orang Siam (Tunku), orang Turki (Tun Hussein), Lanun (Tun Razak) dan India Muslim (Mahathir). Bilanya orang Melayu memerintah Malaysia? Belum ada. Kita tunggu Muhyiddin Yassin – baru ada darah Melayu Riau. Bukan Najib.
Saranan TG adalah satu saranan yang hebat. Kita doakan PAS Kelantan dapat merealisasikan niat pindaan ini dengan segera. Jangan kita berlengah. Kita tak mahu bermain dengan kata-kata dalam soal Islam ini. Kita cakap dan kita laksana. Baru sedap kita nak berlaga dengan puak rasis UMNO ini.
Najib Atantuyaa pastinya ‘terbelenggu fikiran’ dengan saranan Tok Guru. Kalau kita boleh nasihatkan Najib, inilah padahnya niat 1Malaysia yang dicanang-canangkan secara kosong dan tidak ada pengisian. Sekarang, apa nasib UMNO/BN? TG hanya ‘jentik’ sedikit sahaja soal ‘kepimpinan’, soal khalifah – UMNO sudah tersepit dan terjerut. Beranikah Najib mengubah Perlembagaan dengan niat 1Malaysia. Tak akan berani. Keturunan tidak akan mampu menjanjikan apa-apa. Najib adalah seorang pemimpin yang lemah.
Kita doakan TG berjaya dengan niat ini. Kita buat perubahan bermula di Kelantan. Kita runtuhkan tembok perkauman dengan perubahan yang besar. Kita tengok samada berani atau tidak UMNO berbuat langkah serupa. Agaknya, UMNO pasti bisu dengan saranan Tok Guru.
Allahuakbar!!!
Advertisements