Apa yang berlaku semalam di Selangor, secara khususnya bolehlah kita anggap sebagai ‘suara’ orang bawah dalam jamaah – yang semakin risau dan bingung dengan situasi sebenar di Selangor. Yang penting, ramai kawan-kawan yang sempat berbual selepas Solat Jumaat di Masjid Al Azim Pandan Indah kelmarin – mahukan kepimpinan PAS lebih berani dalam menyelesaikan masalah di Selangor. Kepada mereka, Hassan Ali dan Khalid Samad tidak perlu dibawa ke mahkamah PAS pun. Cukup sekadar TG Presiden panggil dan berikan nasihat yang tertentu, lebih baik dan mulia.
Dengan memanggil Hassan Ali – ianya sekaligus membayangkan PAS sudah menjadi terlalu mengikut cakap parti lain. Kita tidak menguruskan sendiri hal dalaman yang berlaku dalam jamaah kita ini.Masalah celupar atau tidaknya Hassan Ali, mestilah dilihat dalam konteks yang lebih besar. Nak pertahankan staff SUK daripada terus dihina oleh Cina laknat macam Theng – bukanlah suatu dosa. Hassan Ali buat tindakan mulia. Nak mempertahan staff Melayu/Islam yang senang-senang dirujuk sebagai pengutip rasuah oleh kebanyakan wakil rakyat Cina. Memang mereka kurang ajar.
PAS Selangor pada hakikatnya memang dah jadi macam sebuah kapal yang nak karam. Tak ada qiyadah. Tak ada kepemimpinan. Tak ada halatuju. Ini yang membuatkan kita di bawah rasa macam tak senang duduk. Ke kiri salah. Ke kanan salah. Rakyat pandang kita dengan wajah ‘harapan’. Harapkan sesuatu. Harapkan kepimpinan yang lebih Islamik dan membawa niat Islam. Itu pun mereka belum rasa di Selangor. Belum rasa waima di kawasan masing-masing.
PAS masih bertahan dengan kaedah politik lama dan konvensional. Kubu kuat kita masjid. Tapi yang tak pergi masjid, siapa nak atur dan susun. Takkan kita nak biar kelompok yang tidak pergi masjid begitu sahaja. Dalam suasana semasa ini, tak ramai wakil rakyat PAS yang perform. Tak ramai. Saari Sungib adalah antara yang terbaik. tapi, berapa ramai yang boleh bergerak seperti YB Saari. Itupun kita tak pasti.
Amalina – Ratu ‘Dangdut’ Politik
Seorang pimpinan yang memberikan kuliah di Masjid Al Azim Pandan Indah kelmarin menganggap anak perempuan Nik Aziz sebagai ‘ratu dangdut politik’ baru di Kelantan. Pimpinan itu kalau boleh menginginkan agar Puteri Nik Aziz menjadi lebih bertanggungjawab dan senyap dalam isu politik yang berlaku di kelantan. Jangan campur. Ini kerja oghe lelaki. Amalina tidak sepatutnya memblogkan segala isu keluarga sampai mendatangkan masalah kepada jamaah.
Kita serahkan kepada TG Nik Aziz dah mantan CEO PMBK untuk didik Amalina menjadi seorang wanita yang lebih sopan dan bertanggungjawab. Betul, mempertahankan suami dan keluarga itu wajib – tetapi janganlah sampai menghina orang lain. Menghina exco. Menghina individu tertentu.
Kita harap Amalina tak mahu jadi ratu dangdut politik. Tenang sahaja dengan ujian Allah SWT. Soal ada orang sokong atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, kepentingan jamaah mesti kita jaga sebaiknya. Ini asas politik.
Advertisements