As salam. Kali ini nak memulakan cerita pasal situasi kita di Kelantan. Apa yang dilakukan oleh Dr Rosli Allani untuk meletakkan jawatan nampak macam ‘tidak ikhlas’. Tidak ikhlas kerana seolah-olahnya nak ‘memperli’ anak menantu Tok Guru yang masih berhadapan dengan tekanan di PMBK. Umum tahu, Dr Rosli adalah orang yang paling lantang, paling ganas, paling vokal dalam memberikan tekanan kepada anak menantu Tok Guru untuk meletakkan jawatan. Dr Rosli cakap pasal integriti. Cakap pasal masa depan parti. Pasal kedudukan PAS dan imejnya sebagai sebuah parti Islam. Dr Rosli tak simpan langsung perasaan bahawa PMBK mesti dipimpin oleh orang baru. Kalangan yang rapat dengan Dr Rosli ada juga terdengar niatnya untuk menggantikan pemimpin PMBK. Niat. Tapi nampaknya Allah SWT tidak memperkenan. Dalam politik, kita jangan cakap lebih sangat. Terutamanya dalam mengutuk ahli keluarga Tok Guru selaku pemimpin kita. Inilah yang berlaku. Tapi kalangan orang PAS Kelantan pun tahu, Dr Rosli bercakap atas ‘tunjuk ajar dan arahan’ abang Exco yang juga ganas. Abang Exco yang anak Tok Guru katakan sebagai ‘si exco’. Yang sedapnya, si Exco ini pandai baling batu sembunyi tangan. Serang orang, tapi sentiasa bersihkan nama sendiri. Seolah-olah tak terlibat. Dalam PAS, parti Islam macam kita pun ada kalangan yang ‘sorok-sorok’ serang orang. Diri sendiri nak diselamatkan. Abang Exco baju petak mesti pandai menasihati orang-orangnya agar tidak berlebihan menyerang Tok Guru. Ini sudah kes, orang yang diberi makan, menggigit semula tangan orang yang beri makan. Benarlah, rezeki Allah SWT yang beri. Tapi jangan Abang Exco terlalu menafikan bahawa Tok Guru yang meletakkannya di tempat yang strategik, walaupun masih ada kalangan yang senior masih wajar diberikan tempat. Abang Exco jangan cuba nak main politik. Dr Rosli sememangnya wajar letak jawatan kerana masalah yang ditempuhinya adalah masalah yang sangat peribadi. Tak elok sangat nampaknya seorang pemimpin muda PAS menafikan kepentingan ‘hukum hakam’ dalam melaksanakan perkahwinan. Jangan main redah sahaja. Kahwin dua biasa. Orang UMNO pun biasa buat. Tapi pandai-pandailah melunasi hukum dan peraturan. Ini kalau dah sampai mertua sendiri buat laporan, buruk sangat nampaknya akhlak pemimpin PAS ini. Dr Rosli agaknya terlepas pandang, dalam dia sedap menyerang hendap ‘PMBK’, dia lupa bahawa ‘halamannya’ sendiri pun bersemak. Kan dah kena. Dah blog ini khabarkan dulu, jangan menyerang Tok Guru yang seakan ada tahap wali ini. Tak betul. Tak baik. Tak elok. Kan dah kena. Memang dalam politik orang muda selalu cepat panas hati. Menyerang menantu, dengan hajat meletakkan dirinya sendiri sebagai CEO. Ini semua perancangan Abang Exco. Abang Exco tak nak orang lain memimpin PMBK. Pemimpin PMBK mestilah datangnya dari orang yang Abang Exco boleh didik dan susun. Barulah sedap. Kalau tidak, susahlah nak susun meniaga. Tindakan Dr Rosli ni tak lebih nak PERLI Tok Guru. Ayat kenyataan akhbar ada bunyi nak memperli Tok Guru. Sampai peringkat macam ni pun masih nak perli Tok Guru. Anak muda yang biadab.

Advertisements