Alhamdulillah, ramai kalangan ahli PAS di bawah cukup gembira dengan sikap dan pendirian politik yang diambil oleh PAS sewaktu Konvensyen PR kelmarin. Kenyataan TG Haji Hadi bahawa pendaftaran PR sebagai satu payung politik pun sudah dikhabarkan. Kita jangan bersegera dengan perkara-perkara yang tidak tentu. Yang diutamakan, mesti didahulukan. Oleh yang demikian, PAS hanya akan bersetuju tentang perkara-perkara ASAS dahulu; bab lain – bab Negara Sosialis, bab pilihanraya tempatan, bab Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri; boleh tangguh dulu. Ini benda-benda yang menyesakkan pemikiran.

4 perkara asas yang kita sama-sama persetujui:-

1. Demokrasi yang telus dan tulen;
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi;
3. Keadilan sosial dan pembangunan insan;
4. Hubungan persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negeri.

PAS dengan hikmah dan bijaksana telah memberikan persetujuan kepada 4 perkara ini. 4 perkara ini sahaja. Tidak ada soal Negara Islam (yang PAS akan tetap perjuangkan). Tidak ada soal pilihanraya tempatan (DAP mahukan) dan tidak ada soal 1PR kepada semua parti yang ada. Minta maaf, PAS tak setuju dan tidak rela dengan kerjasama yang belum tentu ini. PAS merasakan tak perlu terburu-buru dengan perkara-perkara lain yang membolehkan PR menjadi satu platform. Kita nak tiru 1Malaysia buat apa. Benda bid’ah. Diturunkan laknat nanti baru tahu. Kita tetap dengan pendirian kita. Negara Islam jangan dibelakangkan. No way – kata omputeh.

Pada hakikatnya, PAS tidak mahu menjadi ‘alat politik’ kepada pihak lain. Pihak lain yang buat onar, kenapa PAS pula nak jadi senjata. Kita dah penat tolong orang. Lepas tu, orang tipu kita. Kerajaan Perak tumbang pun sebab orang PKR juga. Yang semak dengan kes rasuah dan suka main perempuan. Ini hakikatnya. Mana ada satu ahli politik PAS yang beri masalah kepada PR. Tak ada. Hassan Ali pun bercakap atas dasar nak selamatkan PAS. Selcat agenda Cina burukkan pegawai Melayu/Islam di Selangor. Orang Melayu/Islam marahkan PAS. Kita yang bertemu dengan mereka di masjid/surau. Ronnie Liu dan Teresa Kok tahu apa.

Pada keseluruhannya, PAS sudah cukup bijaksana apabila mengambil keputusan ‘menangguhkan’ pendaftaran PR sebagai satu parti. Banyak lagi benda belum selesai. Karpal pun masih hidup. Kita belum boleh langkah mayat dia. Tunggu dia mati. Kita boleh langkah. Bab Negara Islam kita tidak akan kompromi walau satu inci. Anwar pun kita sanggup lawan. Anwar dengan Agama….kita dulukan Agama. Minta maaf. Jangan orang nak ajar kita bab ini.

PAS sudah bukan amatur lagi dalam politik. Kita dah matang. Jangan DAP dan PKR anggap mereka sebagai abang besar dalam politik Negara. Jangan nak berlagak Taiko. Kena terima bahawa PAS juga menyumbang kepada kejayaan PR dalam pilihanraya yang lalu. Jangan nak jadi kacang lupakan kulit. Dekat pilihanraya ingat kita. Lepas pilihanraya nak bawa agenda sendiri-sendiri.

Kali ini, PR mesti menghormati perjanjian dan tidak cuba nak memperkecilkan mana-mana pihak sekalipun. Di kalangan orang PR ini pun – ada yang hati jahat dengan PAS. Suka nak merendahkan PAS dalam kerangka perjanjian yang ada.

Dalam konteks hubungan kita dengan DAP; PAS kena anggap mereka seperti kalangan Musyrikin Quraysh dalam Perjanjian Hudaybiyah. Jangan lah anggap sebagai kafir harbi pulak. Sebagai musyrik quraysh sudahlah. Lagipun sesetengah mereka dah boleh baca Quran – walaupun tak berapa nak betul.

KESAN PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH

1. Orang Islam & orang Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
2. Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Mekah dari cengkaman jahiliyah
3. Dapat menghindar &mengelakkan pertumpahan darah antara kedua pihak
4. Dakwah Islam dapat disebarkan dengan bebas di Mekah & luar mekah
5. Ramai orang kafir memeluk agama Islam secara terang

KESIMPULAN

* Kesan perjanjian Hudaibiyah ini ternyata lebih menguntungkan Islam & merugikan pihak Musyrikin Mekah. Selepas dua tahun perjanjian damai Hudaibiyah ini dimeterai, penganut agama Islam bertambah ramai.
* Kepesatan kemajuan perkembangan Islam & Bertambahnya pengikut Agama Islam ini ,menimbulkan perasaan dengki & geram Musyrikin Mekah & mereka semakin memusuhi umat Islam . Akhirnya mereka bertindak melangar Perjanjian Damai Hudaibiyah

Kita kena buat perjanjian yang menyebabkan lebih ramai orang masuk PAS. Bukan sebaliknya. Kalau sebaliknya PAS jadi rugi. Kita tak nak rugi. Kita kena pertahankan kemenangan yang ada. Hilang waima satu kerusi pun kita tak nak. Mereka boleh kalah. Kita tak nak.

PAS sudah matang – ingat tu. Zaman kita nak ikut sahaja dah berlalu.

Advertisements