Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Nga Kor Ming apabila persoal mengenai peruntukan kerajaan terhadap pembinaan masjid di Malaysia. DAP ini sudah hilang akal agaknya, mula nak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak wajar. Mula nak bangkitkan isu yang mendatangkan masalah kepada kita, sebuah parti yang menegakkan Negara Islam. Rasanya, PAS pun tak suka apabila isu ini dibangkitkan. Kecuali beberapa orang yang dah jadi ‘liberal’ dengan segala tuntutan gila DAP ini. Nga Kor Ming persoal kenapa peruntukan terhadap masjid terlalu besar, sedang peruntukan untuk ‘rumah ibadat’ lain ciput. Nga Kor Ming faham atau tidak dengan perkataan ‘agama rasmi’.

PAS kena pertahan kedudukan ‘agama rasmi’ atau orang akan gelak kepada kita. Mahunya tidak. Kita kata kita pertahan Islam, tetapi bila kafir harbi cakap pasal peruntukan masjid kita jadi diam seribu bahasa. Puas ana nak tenangkan ahli kariah, mereka tanya: apa pendirian PAS? Ana kata nanti TG Haji Hadi akan perjelaskan. Kita akan pertahan kedudukan agama Islam dalam apa keadaan sekalipun?

Kalau tidak, PAS akan jadi sebuah parti yang sangat ‘tidak konsisten’. Kepimpinan PAS mesti hantar NOTA INGATAN kepada Kor Ming supaya tidak mempermainkan isu sensitif seperti ini. Atau, PAS sendiri sanggup ke depan untuk berdepan dengan DAP. Barulah sedap. Baru kita ini dirasakan sebagai ‘mempertahan’ agama Islam pada setiap masa.

Ini tidak, hanya Ustaz Nasa sahaja yang cakap mengenai isu ini. Ustaz Nasa seorang pengamal undang-undang. Mestilah faham tentang kedudukan Perkara 3 dan Perkara 12 (2). Perkara 12 (2) menjelaskan bahawa sebarang peruntukan untuk masjid adalah tidak perlu diungkit dan dibangkitkan. Ini telah jelas dalam Perlembagaan. Yang Nga Kor Ming menggila nak bantah sebab apa. Lepas tu siap cakap, media sudah salah anggap dengan kenyataannya. Mabuk ke Cina ni?

Kita kena faham dan nyatakan kepada rakyat – mempertahan Perlembagaan tidak bererti kita mempertahan UMNO. Ini tak betul. Mempertahan Perlembagaan membawa erti PAS yang lebih faham dengan kehendak dan kemahuan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam. PAS jangan lupa, bahawa yang menjadi ‘akaun politik’ kita adalah orang Melayu/Islam yang menjadi teras kekuatan PAS. Bangsa lain biar DAP dan PKR yang jaga. PAS mesti jaga pasal Islam. Pasal Melayu. Pasal Kesultanan dan institusi Raja. PAS jangan nak keliru bab ini. Barulah kita mampu menarik balik sokongan orang Melayu. Dalam keadaan UMNO yang kacau, kita boleh menarik minat orang Melayu kepada PAS. Ini baru strategik.

Blog ini puji Ustaz Nasa yang berani kedepan, bukan soal dia memang nak berbaik dengan UMNO. Sebab dia tahu, kalau PAS tak cakap pasal Perlembagaan – pasal Melayu, maknanya PAS menempah jalan yang sukar. Ustaz Nasa nampak realistik.

Masalah ‘keluarga’ TG NA kita biarlah dulu. Dia nak bagi tempoh 3, 4, 5 atau 6 bulan kepada menantunya pun. Kita biarkanlah. Tak seteruk mana pun isu di Kelantan ini. Lagipun, orang Kelantan tak akan pusing sebab isu remeh macam ini. Mereka faham, menantu Nik Aziz mesti diberikan ruang secukupnya untuk melaksanakan amanah. Rakyat Kelantan tak ambik pusing pun. Dia orang tetap sayang TG. Dia orang tetap pertahan TG NA.

Yang penting kita kena tengok imej PAS di peringkat nasional ni. Kita jangan biarkan sampai orang Melayu/Islam dan kurang percaya dengan kita. Nga Kor Ming mesti diberikan amaran supaya tak bangkit lagi isu yang boleh menyebabkan PAS jadi ‘serba salah’. DAP ini kalau bercakap tak fikir orang lain. Fikir diri sendiri sahaja.

Advertisements