Ana nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang sudah beraksi cemerlang dalam wacana di Sinar semalam. Ana rasa, memang tidak silap PAS menghantar Tuan Ibrahim ke wacana tersebut, khusus untuk menidakkan pandangan Tan Sri Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari. Ana rasa, semalam adalah hari kemenangan PAS dalam segenap segi. Semua apa yang dibentangkan oleh Tuan Ibrahim sememangnya membuka mata mengenai peranan dan kesungguhan PAS dalam memastikan Islam terus menjadi hebat di Malaysia.

Nak ketawa pun ada apabila penyokong-penyokong kita menidakkan pandangan Tan Sri Harussani. Tercengang-cengang mufti nak menjawab. Orang cerita pasal Negara dan bangsa, dia dok cerita pasal FATWA HEBAT dia iaitu poco-poco adalah haram. Apalah punya mufti. Tak high level langsung.

Kalau pemikiran dan ijtihad mufti hanya setara poco-poco, baik kita tidak payah ada Mufti. Buang masa. Sanggup lagi Dato’ Mufti nak pertahan fatwa dia pasal poco-poco. Aduhai. Pemikiran Mufti pun…tak maju langsung.

Mufti tidak sama sekali menafikan bahawa NEGARA BERKEBAJIKAN adalah ciri Negara Islam. Senyap. Takut? Tak cukup hujah? Tak buat homework?

Memang Tuan Ibrahim pandai konar hujah kepada Mufti dan Ustik Umno. Terdiam dan terpaku. Soal takbir pun nak dimain-mainkan. Apalah punya pemikiran.

Ana pernah banyak kali tulis dalam blog ini, PAS hidup hari ini kerana kita bijak berstrategi politik. Ramai yang tempelak ana. Kata PAS sudah tidak Islam. PAS sudah tidak bersungguh nak tegakkan agama Allah. PAS dah jual maruah?

Ana minta kalian dengar hujah Tuan Ibrahim semalam. Kita tolak pelawaan UMNO nak bentuk kerajaan di Perak kerana kita mahu kekal kepada STRATEGI POLITIK. Ana dah beritahu banyak kali. Kalian tak percaya. Apa salahkah ana cakap bahawa PAS perlu mendahulukan strategi politik? Sekarang bila Tuan Ibrahim yang cakap – kalian, ahli-ahli PAS dan puak UMNO patut sedar. Jangan nak salahkan ana.

Tuan Ibrahim semalam ana ibaratkan macam Lionel Messi. Gelecek Mufti dan Ustaz Umno sampai ke dalam gol. Terdiam. Baru tahu penangan PAS. UMNO pun…hantar la orang yang standard sikit. Kalau setakat yang ada tu…..belum tentu boleh jadi Bilal 5 masjid milik PAS…