Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad  Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri  Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman  Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata  kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul  oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ”  Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang  terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
“Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai  KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah  melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu  sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005,” kata  Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman  dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam  Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam  ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan  iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap  bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah  masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta  melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang  dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol,  Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat  Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil  leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan  Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut  Syiah.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN  termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan  terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah dan  akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di  kalangan rakyat Malaysia.
Kenyataan terbabit dibaca oleh Abdul Rahim yang kemudiannya tidak menerima sebarang pertanyaan daripada wartawan.

http://www.astroawani.com/news/show/kdn-dedah-10-bukti-kaitkan-mat-sabu-dengan-syiah-26874
Bodoh sungguh bukti yang disiapkan oleh KDN ini. Tidak sangka KDN akan turun ke tahap kebodohan yang setaraf dengan lembu Kak Ijat.
Sebelum Zahid sibuk nak tuduh Mat Sabu syiah, dia boleh ke nafikan kakitangannya sendiri GAY?

http://www.facebook.com/#!/hariszalkapli/posts/216850701666178

Macam-macam pandangan mengenai jawatan Timbalan Presiden yang sesuai untuk PAS. Ada kawan-kawan yang percaya dengan kepimpinan Ustaz Nasa. Ada yang suka Mat Sabu. Ada yang tetap melihat Tuan Ibrahim sebagai game changer – menurut kata Haris Zalkapli. Haris memang sentiasa membicarakan isu kepimpinan PAS secara objektif. Budak muda yang bagus dan mampu menjadi aset kepada PAS.

Ana cuma nak kita sama-sama nilaikan pandangan kawan-kawan. Jangan nak emosi. Bicarakan isu secara objektif dan rasional. Kita semua sayangkan PAS. Kita semua mahu lihat PAS lebih mantap dan padu di masa-masa akan datang.

Permainan politik sudah menjadi semakin kompleks dan susah. Pemimpin mestilah seorang yang mampu melihat jauh ke depan – tak akan sesekali mengenepikan perjuangan demi kemenangan peribadi yang tidak membawa makna.

Apa yang blog ini zahirkan adalah pandangan kawan-kawan di bawah. Nak tuduh boleh tuduh apa-apa sekalipun. Ana talibarut umno lah. Ana dalang lah. Tapi cuba tengok dan kaji posting ana sebelum-sebelum ini. Ana kritik parti sebab ana sayang parti. Itu sahaja.

Dalam isu Timbalan Presiden ini, cuba kita tengok pandangan kawan-kawan.

Wallahu’Alam.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers