Pak Sheikh ini memang pernah menjadi antara objek dibenci oleh ABIM. Benci bukan kerana personal. Benci kerana kengganan Anwar dalam membuat keputusan dan pendirian dalam beberapa isu penting. Presiden ABIM sebelum ini memang tidak sebulu dengan perjuangan Anwar. Tidak sebulu kerana perjuangan Anwar secara jelas sudah tersasar daripada matlamat kewujudan ABIM itu sendiri. Sudahnya, ABIM tampil sebagai sebuah NGO neutral dan tidak memihak kepada Anwar.

Sepanjang tempoh itu, ABIM sudah jauh dengan Anwar. Jemput ke majlis Anwar sekalipun sudah jarang. Sedangkan ABIM sangat sinonim dengan Anwar. ABIM – Anwar Bin Ibrahim Malaysia (ABIM). Sampai setakat itu dekatnya Anwar dan ABIM.

ABIM sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan adalah juga menjadi tempat ‘dana politik’ Anwar ditempatkan. Jutaan ringgit dibelanja untuk memperkasa ABIM. Jutaan ringgit. Malahan ada yang kata hampir puluhan juta.

Pada waktu itu, ABIM adalah juga menjadi wadah Anwar mendekatkan diri dengan kelompok ulama’, cendikiawan dan orang muda. ABIM jadi ‘recruiter’ kepada usaha mencari lebih ramai TOTOK ANWAR. Itulah peranan utama ABIM. Selain daripada, kononnya, memperjuangkan isu-isu Islam yang terpilih.

Dengan tajuk mesyuarat agung ‘Memacu Wawasan Tamadun Khayra Ummah’,  Sdr. Amidi Abdul Manan, telah dipilih sebagai Presiden ABIM bagi sesi 2011-2013. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) Kanan ABIM bagi sesi 2009-2011

Presiden: Amidi Abdul Manan

Timbalan Presiden: Naim Mohd Noor

Naib Presiden (Kebangsaan): Ahmad Saparudin Yusup

Naib Presiden (Antarabangsa): Jufitri Joha

Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita: Fadhlina Dato’ Dr. Siddiq

Setiausaha Agung: Mohamad Raimi Ab Rahim

Penolong Setiausaha Agung: Mohd Faisal Abdul Aziz

Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin.

Amidi antara kepimpinan ABIM yang paling kerap bertemu dengan Anwar – dan menceritakan bagaimana wadah ABIM ini perlu diperkasakan semula. Keperluan memperkasa semula ABIM ini memerlukan sumber kewangan yang bukan sedikit.

Mengetahui bahawa ABIM bakal menjadi aset penting politik akan datang, Anwar tanpa banyak tangguh, sudahpun bersetuju untuk menggunakan dana Selangorku, bagi memperkasa semula ABIM di segenap peringkat. ABIM akan kembali menjadi NGO yang banyak bercakap, mempertahan, menyokong, membodek apa sahaja tindakan yang bakal dilakukan Anwar menjelang PRU akan datang.

Disebabkan itu, kita tidak akan hilang punca apabila melihat ABIM bersungguh mempertahan AMBIGA apabila insan mulia itu dikritik hebat kerana membawa agenda LGBT. Apakah ABIM merelakan LGBT? Kalau menurut Amidi, pada ketika ini, agenda utama ABIM adalah memperkasa semula kewangan. LGBT adalah isu rantingan dan ABIM tidak mahu terbelenggu dengan isu ranting.

Soalnya, apakah status ABIM kini? Alat Anwar semula? Boleh Amidi terangkan berapa banyak geran ‘Selangorku’ yang akan tumpah dan melimpah di akaun ABIM?

ABIM tidak lagi NGO neutral. ABIM kembali ke pangkuan Anwar. Anwar sudah berjaya RE-FINANCE ABIM untuk kepentingan politiknya. Bagaimana ahli ABIM semua? Anda rela?

Kita tidaklah dengki kalau ABIM jadi kaya raya pun. Kita tak ada hasad pun. Tapi soalnya, kepimpinan ABIM (atau qiyadah) yang ada tak perlulah menjadi kumpulan anak muda yang tidak hipokrit dan tahu landasan perjuangan Islam sebenar. Ana ingat lagi, pernah seorang kepimpinan ABIM berkata – apa beza mereka yang aktif dalam ABIM dan PAS.

Kata dia:

‘Orang yang pegang ISLAM, tapi KURANG PANDAI’ – MASUK PAS; Orang yang pegang Islam, tetapi BIJAK – akan bersama ABIM’.

Sekarang ini bijak sangatkah adik-adik kita dalam ABIM? Kalau setakat menjadi pengunjung tetap Pejabat MB – cari PROJEK. Apa idealismenya?