ir amiruddinAhli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin  Hamzah menjelaskan bahawa hutang kerajaan negeri Kedah terhadap  Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi  Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Maknanya, hutang dibuat bukan untuk projek mewah, hiburan atau  membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. Ia betul-betul  untuk faedah rakyat.

Menurut Amiruddin, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu  pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang  selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta.

Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk  membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat  menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar.

Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah  pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau  nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma  RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar.  Maknanya pertambahan lebih pesat pelabur berlaku di zaman Pakatan  sehingga memaksa KHTP dibesarkan. Untuk membesarkannya terpaksa pinjam  duit dari Pusat.

Ana ingat sangat, KHTP ini idea Tun Dr Mahathir. Bukan idea kita pun. Sebab itu, ana tak heran kalau MB Kedah respek dengan Tun Mahathir. Kalau tak ada KHTP, ana rasa, kita dah lama lari malam nak urus negeri macam Kedah ni. Miskin. Kedana.

Sebab itu, pada ana, isu hutang kita di Kedah ni, perlu penjelasan yang elok-elok. Jangan nak permainkan persoalan orang. Kita beritahu situasi yang sebenar. Bukan ambil mudah sahaja.

Pada ana, untuk tempoh menjelang PRU ini, IR AMIRUDDIN adalah orang terbaik untuk diberikan mandat untuk menjawab semua isu-isu ini. Wajah tampan. Bercakap pandai. Nampak profesional. Ini penting, supaya orang kampung boleh percaya. MB yang dok ada, depa kata, cakap dah macam Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK. Tak sedap.

About these ads