Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.
Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.
Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.
“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.
“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.
Tambahnya, sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.
Sambungnya rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.
Beliau menambah hak pemberian royalti petroleum langsung tidak disebut dalam ucapannya untuk negeri ini, selain Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk dilengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan.
Malangnya, menurut beliau lagi dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan, namun negeri itu telah mendapat hak masing-masing.
Pandangan peribadi ana:-
- Setakat ini sahaja yang mampu kita serang janji Najib? Setakat ini sahaja? Ana cukup sedih kalau Exco Kerajaan Negeri setakat boleh kata kerajaan pusat tidak ikhlas dan janji kosong. Ini macam permainan budak kecik.
- Ana mengharapkan janji balas yang lebih hebat oleh kita. Soal ciplak tak timbul. Husam kata Najib ciplak idea Pas sebab nak dirikan stadium. Pada ana, rakyat akan lebih percaya kalau kita dahulu yang bina stadium. Sama juga keadaannya, kita janji dah lama – tapi tak buat.
- Husam nampaknya tak ada idea nak berdepan dengan janji Najib (BN). Setakat kata tidak ikhlas, budak darjah 6 pun boleh cakap.
- Ana harap Husam kongsi juga manifesto Kelantan yang sedang dirangka. Soalan ana, kenapa tak libatkan beberapa tokoh ekonomi Kelantan? Kenapa tamak dan rasa diri sendiri sahaja pandai?
- Menurut seorang peguam veteran PAS sendiri – isu royalti Kelantan tidak timbul langsung. Kita tak layak pun dapat royalti menurut peruntukan undang-undang. Ini pandangan loyar Pas sendiri. Husam tak pernah pun nak panggil loyar ini untuk dapat pandangan. Kenapa?
- Pas kena duduk semeja dengan Anwar dan mula rancang ekonomi Kelantan dengan lebih baik.
- Ana sms kawan-kawan di Kelantan, ahli kita, tanya soalan yang sama – ‘enta rasa terhina dengan janji najib razak’?. Ramai yang balas sms ana, TIDAK. Politik, biasalah kalau berjanji dengan pilihanraya. Tak tahu siapa yang Husam maksudkan terhina.
p/s: orang Kelantan patut rasa lebih hina bila TMJ bawa askar masuk stadium. Nampak sangat ‘gedebe’ Kelantan tak habis.
Januari 22, 2013 at 1:37 pm
Orang yang jahil memang susah nak faham bahasa tersirat.
Mudah saya contohkan kepada kamu, ada orang kaya sedang bertarung dengan kamu lalu menawarkan kepada kamu, kalau kamu bagi saya menang saya akan hadiahkan kepada kamu isteri yang paling cantik di dunia.
Sebagai seorang lelaki kamu rasa sesuatu yang baik atau bagaimana? kalau kamu ambil tawaran itu, itulah penghinaan seolah2 susah sangatkan nak dapat wanita cantik kat sini. inilah maksud hina. seolah2 rakyat kelantan lapar sangat tawaran itu.
Januari 27, 2013 at 6:17 pm
“ada orang kaya sedang bertarung dengan kamu lalu menawarkan kepada kamu,” Jib tak bertarung dgn rakyat Kelantan tapi untuk rakyat Kelantan…kenapa rakyat Kelantan mesti rasa terhina…kalau Husam yg rasa terhina saya faham ler sebabnya.
Januari 25, 2013 at 1:33 am
Mari lah wahai semua kita sama-sama ajar mereka yang angkuh siapa tuan sebenarnya.
Januari 27, 2013 at 5:52 pm
Salam Mod,
mungkin yg komen kt atas nie tak buka minda dia kot,
macam mana pulak janji husam ngn kerajaan kelantan yang dibuat sebelum2 ni?
setiap kali nak pilihanraya banyak pula janji mereka.
lebih malang, janji mereka sampai sekarang tak ditunaikan lagi.
lepas tue keluar pula janji nak buat kereta api laju macam husam bagitau.
yang janji kerajaan kelatan tue tak dikira ke menghina orang kelantan?
sampai sekarang tak ditunaikan tue tak dikira menghina orang kelantan dengan bahasa mudah, orang kelantan mudah ditipu?
itulah politik sedara, manifesto dikira janji untuk ditunaikan, samalah kerajaan pusat atau negeri yang janjikan bagai2..
persoalan, janji atau manifesto tue ditunaikan ke tidak?
janganlah jumud sangat, kalo orang lain janji dikira tak boleh..
tapi kalo kita janji, dan tak ditunaikan boleh pula, tak salah..
matang sikit bila nak berpolitik.
thanks Mod.
Januari 29, 2013 at 1:17 pm
Betul tu En Salam…
En Baie, memang betul rakyat Kelantan lapar sangat wanita cantik (air bersih, masjid, jalan, stadium)..
Memang betul pemimpin sedia ada masih tak reti2 nak bagi wanita cantik (air bersih, masjid, jalan, stadium).
Jadi bila ajib tawarkan wanita cantik, bersorak lah rakyat Kelantan semua, kecuali kawan2 Baie yg menganggap tawaran tu menggugat pemimpin sedia ada termasuk Baie sendiri……gitu beh…. begheh…
Januari 28, 2013 at 3:12 pm
Untuk yang mengata terasa terhina dengan janji abe Najib, ni ambo nak listkan janji2 yang masih belum ditunaikan oleh kerajaan kelantan.
Soh lah husam tunaikan dulu janji2 lama ni.
Cuba klik link nie:
http://www.pilihanrayakini.com/2013/01/janji-janji-pas-yang-belum-ditunaikan.html