Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.

“Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Ramai juga rakyat Kelantan yang bising – apakah ini kaedah baru kita dalam membangunkan Negeri. Minta derma untuk buat infra. Ramai juga yang perkecilkan. Pada ana, kita perlulah lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan projek. Jangan ikut rentak orang. Kalau tak mampu, kita tak payah buat dulu. Takut nanti kita juga yang malu.

Bukan kita tak tahu psyche orang Kelantan. Mereka tak pandang pembangunan. Kalau mereka lihat pembangunan, kita dah lama lingkup. Tapi sebab apa yang kita beria sangat nak buka lebuhraya rakyat masa ini. Jangan main-main. RM1.8 bilion. Projek pula kita beri kepada syarikat kroni kita yang tak ada cukup kewangan. Menta Construction ini semua orang kita kenal. Banyak projek di Kelantan. Tapi paidup capital masih RM1 juta lebih. Nak buat projek RM1.8 bilion. Tanpa tol pulak tu. Rujuk: http://www.menta.com.my/financial.html. Bukan ana cakap kosong.

Menta Construction mungkin suka dan seronok. Dapat projek. Duit masuk. Tak kiralah di atas keringat dan usaha siapa. Kalau rakyat Kelantan derma – Menta juga yang kaya.

Ana risau, kalau kita terlebih janji, kita akan main macam cara UMNO. Bahaya. Game duit ini permainan mereka. Bukan permainan kita. Kalau kita terus buat projek atas angin yang begini sifatnya, nanti rakyat tanya, ternganga kita.

Tak payah minta derma rakyat. Selagi mana mereka berdepan dengan jalan sesak nak ke Kelantan. Mereka akan terus marah. Mereka akan undi kita. Itu sahaja. Ana dimaklumkan, Exco Kelantan pun tak berapa setuju dengan projek ini. Husam seorang yang kuat melobi. Ada persen ka akhi Husam?

Pada ana, game ini sangat bahaya. Minta derma untuk buat pembangunan ini dah menampakkan sangat kita lemah memimpin. Ana minta maaf cakap begini.

About these ads