Ana sempatlah duduk berborak dengan beberapa kumpulan orang UMNO yang datang juga memerhati Himpunan Hijau dari jauh. Mereka kata, dalam hati mereka pun tak berapa suka dengan Lynas, tapi sebab parti politik dan pendirian pemimpin Negeri – mereka terpaksa follow juga. Nak buat macamana. Itulah budaya dalam UMNO. Ikut cakap dan tunduk sahaja. Jangan melawan.
Kata mereka, umur politik Adnan Yaakob @ Long Nan @ Nan Gangsta sudah semakin suntuk. Long Nan katanya tidak mempunyai kredibiliti dan kewibawaan. Long Nan tak cukup bijak untuk jadi MB Pahang. Kadang-kadang orang UMNO sendiri pun tak suka dengan dia cakap. Merapu. Tak ada nilai akademik langsung. Ikut suka cakap. Kalau mencarut dia memang pandai. Putrajaya katanya kecewa dengan MB yang tak ada brain (ini ikut ayat orang UMNO; bukan ayat ana).
Ana duduk dan dengar sahaja. Kalau setakat Parlimen Kuantan dan beberapa DUN kawasan ini, mereka dah menyerah kalah dah. Tak ada calon yang wibawa. Tak ada orang yang boleh ditonjolkan. Fokus orang UMNO Pahang, kata kumpulan UMNO Kuantan ini adalah ‘ganti Long Nan’. Insya’Allah kata mereka, UMNO boleh kekal menang dan jadi kerajaan di Pahang. Takkan Negeri PM kalah kot. Buruk benor nampaknya.
Ana saja bertanya, siapa yang boleh ganti Long Nan ini?
Orang UMNO sendiri sebut beberapa nama, ana pun tak kenal sangat dengan nama-nama YB UMNO ini. Antara yang disebutkan dan mampu menjadi MB yang lebih baik daripada Long Nan, kata orang UMNO ini:-
- YB Sharkar (ana tak tahu YB mana – tapi YB lah);
- YB Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh);
- YB Safri (orang Rompin katanya);
Semua orang muda dan berkelayakan kata mereka.
Ana nak minta sangat kalangan ahli kita di Pahang mula fokus dan cari kelemahan nama-nama yang ana tulis ini. Bukan apa. Kita buat homework awal. Senang nak bertempur nanti. Long Nan ini, pada ana, dah tinggal sisa-sisa kehidupan politik sahaja. Tak penting kita nak layan.
Kejayaan Himpunan Hijau hari tu satu lagi contoh, Long Nan sudah hilang kuku. Tak ada kemampuan. Tak ada wibawa.
Kalau ikut cakap mereka, YB Saifuddin adalah pilihan yang baik. Bijak. Kena dengan politik baru. Kalau Saifuddin, jenuh juga kita nak berlawan dengan MB yang ada brain macam ini.
Yang penting kita kena bersedia. PAS Pahang boleh cemerlang kalau bersatu dan cekap menggunakan isu.
Mac 1, 2012 at 9:59 am
salam,
siapapun yang rejim zalim UMNO letak…kita akan lawan sehabis baik. ini semua kumpulan korup yang menggunakan pangkat untuk kesenangan peribadi dan rakan sekeliling.
kita jangan lupa, ada usahawan cina yang sanggup bunuh diri kerana korupnya pemimpin di pahang. tak ada rasa ihsan langsung dengan masalah rakyat. yang tahu, buat duit dan semakin kaya.
long nan ke…siapa ke…kita redah.
JIHAD JATUHKAN PEMIMPIN UMNO
Ir Izham
PAS Senawang
Mac 5, 2012 at 11:34 pm
Assalamualaikum tuan..
Di Kedah siapa pula yang redah tu..?
Mac 6, 2012 at 4:36 pm
Salam Ir,
Siapa usahawan cina tu?ada nama?sumber?
bagaimana dgn teoh beng hock yang bunuh diri demi melindungi godfather dap nya?adakah angkara umno juga tbh bunuh diri?
saya setuju memang di kalangan pemimpin bn sekarang..barisan kabinet/millionaire club susah nak cari seorang menteri yang tak berstatus jutawan agaknya.tapi itu dia punya pasal,halal haram sumber dia dapat,itu dia punya akaun neraka/syurga.bukan urusan saya.yang penting,hidup saya sekarang aman dan tenteram,kemudahan bolehlah dikira serba cukup.petua untuk hidup gembira ialah jangan bandingkan kehidupan/negara kita dengan yang lebih mereka yang lebih maju dan mewah, tapi bandingkanlah dengan yang lebih sengsara daripada kita.nescaya kita akan bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang.
saya tanyakan pada ir izham..saya minta anda jawab secara ikhlas.adakah pemimpin pas tiada yang zalim?korup?rendah moralnya?atau segala perkara negatif hanya terhad kepada pemimpin2 umno/bn sahaja?pemimpin fuckatan semuanya maksum?
- adakah krisis kepimpinan di kedah hasil perbuatan umno ataupun akibat ketamakan kuasa pemimpin pas sendiri?adakah cubaan rampasan kuasa/memaksa pemimpin kita berundur dengan cara yang keji itu bukan suatu bentuk kezaliman?di mana wala’nya?dia mana ungkapan “taati Allah, taati Rasul dan taati pemimpin di kalangan kamu”?
- adakah kegagalan pas kelantan selama 21 tahun memerintah untuk membekalkan air bersih kepada rakyatnya itu bukan suatu bentuk kezaliman?menafikan hak rakyatnya mendapatkan kemudahan asas iaiatu air bersih,sedangkan kebersihan adalah asas kepada islam. bukankah itu suatu kezaliman?
saudara seorang ir..saya kira saudara sangat terpelajar,seorang jurutera.jangan menjadikan diri saudara seperti stereotype lain2.asal masuk pas daripada pandai automatik jadi bodoh..baik doktor (dr dzulkifly), baik jaga stor (mahfuz) baik kaki kebas bini orang (mat sabu).
Mac 1, 2012 at 3:59 pm
lagi2 politik sembang warung kopi…. apa lah ente ni sheikh… kualiti blog ente dh makin menurun….
Mac 2, 2012 at 3:36 pm
Assalamualaikum..
Saya tak tau ahli umno jenis yg macammana yg tuan jumpa.Hanya tuan yg jumpa. Seperti biasa hal buruk org lain yg mesti ditulis.Sepertinya menteri besar itu selama ini tak tahu buat kerja pun(macammana klu prestasi mb ini dibandingkan dgn mb kelantan sekarang).Walaubagaimanapun andaian yg serupa boleh dibuat oleh org lain juga . Siapa yg tak ada brain ni ni sebenarnya.
Mac 5, 2012 at 1:14 pm
hehehe… masa PRU yg dulu2 pun PAS bagi nada yg sama jugak… Tok Nan dah tunggu masa je… kita kuburkan Tok Nan… kali ni Tok Nan kalah… akhirnya… rakyat jugak yg tau menilai….