Perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang akan diadakan pada 26 Februari ini tetap akan diteruskan pada hari yang sama, Ahad, di Kuantan, Pahang, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, tanpa mengira permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Sekiranya perhimpunan itu tidak dapat diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah seperti yang dirancang, ia akan diadakan di sekeliling medan MPK.
Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Tack Wong berkata, pihaknya bersama lain-lain NGO yang terbabit dalam penentangan pembangunan loji Lynas di Gebeng, Kuantan, tidak akan berundur dari mengadakan perhimpunan itu walaupun ditentang dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak.
Menurutnya, perhimpunan tersebut tidak boleh dihalang untuk diadakan kerana ia adalah kehendak rakyat bagi menyatakan pandangan mereka mengenai pembangunan projek Lynas.
Katanya, pihaknya amat kesal dan terkejut dengan tindakan MPK kerana telah menolak permohonannya untuk mengadakan perhimpunan itu menerusi sepucuk surat pada 20 Februari lalu.
“Surat MPK itu tidak memberi apa-apa sebab-sebab tertentu bagi penolakan itu kecuali hanyalah untuk memeningkan kepala kami, dengan meminta AJK Himpunan Hijau 2.0 mendapatkan surat sokongan/permit dari PDRM terlebih dahulu sebelum permohonan kami itu dipertimbangkan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Apalah sangat nak ditakutkan MPK tu. Tak perlu. Kita langgar sahaja. Banyak mulut pulak mereka nak control kita nak berhimpun. Suka hati kitalah. Waktu mereka baling mercun, batu, kayu dan telur busuk kepada Sheikh Anwar kita, boleh pulak. Apa punya undang-undang.
Ana bukan orang kawasan loji Lynas. Tapi pada ana, kita bagi semak aje pemikiran orang kawasan sana. Pada ana, menang PKR menang dah kawasan ni. Confirm menang. Kita cuma nak meriahkan lagi suasana. Jom reramai.
Februari 26, 2012 at 3:47 pm
sheih…sheih.orang pas ni memang unik.orang anjurkan HIMPUN untuk selamatkan akidah.sebagai parti yg kononnya memperjuangkan islam,semua orang expect pas akan join.rupanya tak.sebab apa?sebab TIADA SEBARANG POLITICAL MILEAGE.adakah ni bermakna perjuangan pas selama ni hanya disebabkan perjuangkan islam ni ada political mileage?
pas..biarkan isu lynas ni diuruskan oleh orang2 yang memang pakar dalam bidangnya.IAEA,MOSTI semua dah sahkan kilang tu selamat.you better go back to what you do best: menjadi penjilat bontot anwar dan dap.
bila ada orang yg bertauliah dalam bidangnya,even dr kalangan orang pas sendiri (dr rosli) bercakap pasal lynas..terus keldai2 tua pas keluarkan gag order.cakap dari orang bertauliah taknak dengar..tapi sami’na waato’na dunia akhirat dengan sabda2 saintis tak bertauliah bernama fuziah “reaktor”.itulah masalah pas ni.suka dengar cakap orang tak bertauliah.sebab tu ramai orang pas ni suka jadi penceramah tak bertauliah.sesuka hati ngajar agama..agak2 ceramah ramai sket orang dtg,mulala gelar diri sendiri dgn panggilan ostat.rupanya budaya percayakan orang tak bertauliah ni dah berakar umbi.dari kepimpinan keldaii tua sampaila ke akar umbi dah disogokkan dengan dogma “takpe dia takde tauliah pun..yang penting dia pandai maki hamun gomen.kalau pandai mencarut diselitkan dgn hadis dan potongan ayat quran,kira layaklah dah buat roadshow dan habuan dari kutipan tabung jahat/jihad”.
isu ni sebenarnya tak lebih drpd cubaan parti gay diwakili fuziah reaktor untuk menjadi hero rakyat.persoalan utama ialah,rakyat tak dihidangkan dengan maklumat yang tepat sejak awal.maklumlah rakyat kurang berpengetahuan.ada internet tapi tak reti nak google,cuma pandai bukak facebook dan youtube tengok vid clip cinta muka buku.bila dah kepala otak tu tak berpengetahuan, mulala samakan rare earth tu dengan plutonium, uranium-235.bila sekumpulan rakyat tak berpengetahuan adukan kepada wakil rakyat (fuziah) yg lagi clueluess, cerita tu dah jadi makin berat seolah2 loji tu ialah reaktor nulear.kira ala2 tehran dan program pengayaan uranium untuk buat icbm nuclear warhead.baghal sungguh.
dan sepertimana sahibul hikayat merumuskan..kebodohan adalah lebih mudah tersebar daripada kebijaksanaan.maka,kebodohan yg tercetus daripada sekumpulan rakyat kurang berpengetahuan,kini dah tersebar menjadi regional stupidity.
lynas dah letak radioactive level monitor kat balai polis.any civilian boleh pergi situ dan check sendiri bila2 masa.even lynas pindahkan staff diorang ke perumahan yg paling dekat dengan kilang tu untuk membuktikan keyakinan diorang yg kilang tu selamat.lynas siap bagi buka cadangan kepada public,kalau2 sesiapa ada sebarang idea untuk lynas buktikan kilang mereka tu selamat.ada baca paper tak?tula..baca gak akhbar mainstream,jgn jumudkan pemikiran dengan harakah yg penuh dengan ubat kuat.patutla orang pas jadi gila berbini lebih.
sudah2la pas melibatkan diri dalam kebodohan ni.berjuang untuk rakyat pun..kalau sesuatu yg diperjuangkan tu adalah sesuatu yg bodoh,takde maknanya jugak.
Februari 29, 2012 at 8:47 am
PAS juarai isu rakyat abe ja…bukan ikut PKR. salah fakta itu. Himpunan Hijau memang idea PAS yang telah disepakati di peringkat tertinggi PR. kena betulkan fakta itu.
agaknya orang UMNO tak kisah kalau rakyat mati, menderita, ada kanser, ada penyakit – asal adnan yaacob dapat elaun daripada LYnas. macam itu ke? apa jadi dengan firman Allah SWT dalam al-Baqarah yang membawa maksud:-
Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
Lynas ada bawa kebaikan? Atau bawa kerosakan? Ini prinsip Islam Tuan. bukan prinsip PAS.
Jangan biasakan diri dengan hujah longgar dan tidak ada asas. Pakar nuklear PAS? Itu pandangan peribadi…banyak lagi pakar lain yang mengatakan rare earth (waste-nya) itu bahaya.
Kena tahu bahawa bukan pakar nuklear itu sahaja ahli PAS. Ramai lagi yang profesional dan bijak.
Firman Allah SWT lagi dalam surah sama, Ayat 12, yang bermaksud:-
“Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”
Ir Izham
PAS Senawang
* argument abe ja dengan en shamsuddin (umno) ni sama sahaja…ana bagi pandangan sama lah senang.
Mac 1, 2012 at 4:10 pm
saya setuju bahawa memang ramai daripada ahli pas pun terdiri daripada profesional.sama je dengan semua parti.
dan firman Allah tu pun saya tak boleh nafikan.memang betul.
apa kata lepas ni Ir Izham dan PAS sendiri bawak firman ni dan perhimpunan ni ke semua lombong2 pasir Selangor dan projek2 penarahan bukit dan pembalakan di Lojing, kelantan.saya rasa itu pun sebahagian daripada aktiviti melakukan kerosakan di muka bumi.betul?
Apa kata buat Hijau 3.0 di Selangor dulu, pastu Hijau 4.0 di lojing pulak.
Ke tak boleh buat sebab nanti susah pulak abang khalid gagap nak cari makan?
Ke tak boleh pulak sebab takut terbongkat apa pas kelantan buat kat hutan2 balak selama ni?
dan saya minta juga ahli2 pas supaya Walk the Talk.jika takut sangat dengan radiasi, hentikan tengok tv,mengahadap skrin monitor,gunakan telefon bimbit mulai hari ini.amacam?takkan takutkan radiasi terpilih aje?
jika nak jadi juara rakyat,banyak lagi isunya.seperti yg saya cakapkan,rakyat dihidangkan dengan fakta yang tidak tepat.rare earth material diperbesarkan seperti ada reaktor pengayaan nuklear.
tahukah Ir Izham berapa dekad dah penduduk bangi/ukm/teras jernang duduk berdekatan MINT?dahulunya dikenali sebagai PUSPATI.
cuba bayangkan sekiranya lim guanjing yg membawa masuk bisnes ni ke penang.maka menyalaklah cacai pembangkang akan betapa bijak dan hebatnya beliau mentadbir sehingga mendapat kepercayaan antarabangsa.
“industri ini berisiko tinggi,tetapi kerana kecanggihan serta tahap keselamatan yang tinggi di infrastruktur tmn perindustrian kami maka Lynas dengan yakinnya memilih Pulau Pinang sebagai tapak pelaburan mereka”,dengan bangganya lim guan eng mengencing wartawan.
Februari 27, 2012 at 4:36 pm
Pakar nuklear dari PAS sendiri mengatakan bahawa Lynas selamat. Kenapa nak ikut juga kempen PKR ni…
Februari 29, 2012 at 8:45 am
PAS juarai isu rakyat tuan sam…bukan ikut PKR. salah fakta itu. Himpunan Hijau memang idea PAS yang telah disepakati di peringkat tertinggi PR. kena betulkan fakta itu.
agaknya orang UMNO tak kisah kalau rakyat mati, menderita, ada kanser, ada penyakit – asal adnan yaacob dapat elaun daripada LYnas. macam itu ke? apa jadi dengan firman Allah SWT dalam al-Baqarah yang membawa maksud:-
Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
Lynas ada bawa kebaikan? Atau bawa kerosakan? Ini prinsip Islam Tuan. bukan prinsip PAS.
Jangan biasakan diri dengan hujah longgar dan tidak ada asas. Pakar nuklear PAS? Itu pandangan peribadi…banyak lagi pakar lain yang mengatakan rare earth (waste-nya) itu bahaya.
Kena tahu bahawa bukan pakar nuklear itu sahaja ahli PAS. Ramai lagi yang profesional dan bijak.
Firman Allah SWT lagi dalam surah sama, Ayat 12, yang bermaksud:-
“Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”
Ir Izham
PAS Senawang
Mac 3, 2012 at 10:48 pm
Assalamualaikum tuan..
Bukanlah sangat pasal umno tu.. Pendapat yg belajar tak ambil kisah. Kenapa nak ikut yg tak belajar tu..Kalau yg betul saya sokong tak kira Pas atau Umno.
Mac 4, 2012 at 4:30 pm
Assalamualaikum Ir Izham,
Semoga sentiasa sihat selalu..
Terimakasih dengan info yang tuan berikan di atas. Saya gembira membaca Pas juarai isu rakyat. Kerana itu lah antara perkara yang patut kita perjuangkan. Samada kita adalah ketua ataupun kita ini sebagai ahli dalam masyarakat. Izinkan saya utarakan sedikit persoalan saya . Adakah isu air di Kelantan telah diselesaikan?(Untuk pengetahuan saya bukan lah pengundi Umno pada pilihanraya yg lepas)
Berbalik kita kepada isu Lynas
Andaikan ini pendapat peribadi Pakar nuklear PAS bahawa ianya tidak bahaya , bolehkah khalayak beranggapan bahawa fakta Lynas adalah bahaya juga merupakan pendapat peribadi oleh lain-lain pakar .(yang tidak disebut oleh Tuan). Adakah yang diproses dikilang itu akan menghasilkan tenaga nuklear atau sesuatu yang yang bakal membawa masalah kepada rakyat di Pahang khususnya serta merosakkan muka bumi ini amnya.
Apakah logiknya orang Umno tidak kisah kalau rakyat mati, menderita, ada kanser, ada penyakit – asal Adnan Yaacob dapat elaun daripada LYnas? Apakah logiknya dengan sebab Lynas ini akan membawa kekalahan kepada beliau dalam pilihanraya yang akan datang.Apakah ini menggambarkan Umno tak ada hati perut?
Adakah ini menggambarkan bahawa Adnan Yaakob tidak kisah adik beradik, sanak saudara, sepupu sepupunya, bapa saudara, emak saudara, handai taulan , jiran tetangga serta beliau sendiri dan anak isterinya yang akan berulang alik ke merata tempat di kawasan itu . Adakah ini menggambarkann bahawa dia sanggup merosakkan nama parti dengan sebegitu mudah nya dengan membuka Lynas ini. Adakah dengan wujudnya Lynas ini maka seluruh pemimpin Umno di seluruh negara akan dilihat insan-insan yang hanya bersetuju dengan projek yang bakal membawa kemusnahan kepada rakyatnya.
Tidak adakah pakar-pakar lain yang sanggup menampilkan diri bagi menunjukkan kepada rakyat betapa peri bahayanya bahan ini.(selain dari berhimpun setiap kali ada isu) Sebagai perbandingan bahan yang sama juga ada di gunakan dalam handphone kita . Adakah tuan tak menggunakan hp tuan…. kerana ada bahan yang merbahaya. Gelombang hp juga sampai sekarang tak selesai diperkatakan samada bahaya atau tidak. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini yang kelihatan membantah dengan teknologi hp ini. Adakah ada yang akan membuat perhimpunan hijau yang lain utntuk isu penggunaan petrol serta kilang-kilang yang mencemar alam sekitar. Pencemaran karbon monoksida juga memberi impak negatif kepada tubuh badan kita . Kenapa kita masih menggunakan pengangkutan moden . Kenapa pakar pakar alam sekitar khususnya yang beragama islam tidak kedengaran mahu mencipta pengangkutan yg bebas petrol. Selamat digunakan. Adakah kita hanya bercanggah pendapat. Yang berusaha kearah itu semuanya orang barat, yahudi dan kristian. Kita hanya pak turut. Orang buat kita beli. Antara kita masih lagi berbalah..
Firman Allah SWT dalam al-Baqarah yang membawa maksud:-
Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
Adakah hal Lynas ini adalah antara apa yang Allah maksudkan dalam Firman di atas? Allah telah memberikan kita akal fikiran untuk digunakan bagi menguasai segala ilmu yang ada diatas muka bumi ini. Apa yang saya lihat kita tidak menggunakan ilmu sains yang ada tetapi sering membantah serta menyalahkan satu sama lain.Gunalah ilmu bagi menyanggah ilmu yang lain kalau sekiranya ia benar patut disanggah. Ini saya lihat tidak bersungguh kearah itu. Patutlah kita tidak pernah mencipta apa apa pun untuk masyarakat dan dunia. Kita hanya menjadi pak turut sahaja. Manusia lain cipta, kita guna , manusia lain cipta , kita guna.Manusia yang bukan beragama islam pula berlumba menggunakan akal fikiran anugerah Allah untuk memudahkan segala urusan di mukabumi ini. Beribadatlah seperti kamu akan mati esok, bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi. Kita umat islam (termasuk saya ) betul – betul buat ke perkara ini?
Allah tidak akan mengubah nasib kaumnya sehinggalah mereka berusaha mengubahnya. Tuan pun tahu akan hal ini. Semua umat Islam pun tahu. Tapi kita guna internet ini pun yahudi yang menjadi pioneer nya . Kita ikut sahaja. Jangan ikut Yahudi tetapi guna juga facebook. Yahudi juga yang mula dulu. Apa yang kita cipta selain dari berbalah sesama sendiri?
Masyarakat telah melihat bagaimana ayat – ayat Al Quran serta hadis nabi digunakan untuk menghalalkan cara.. Ini yang saya bimbangkan.
Orang yang diLIHAT memperjuangkan isu murtad dengan segera di singkirkan. Begitu cepat sekali. (Satu ketika dulu dia berharga )Dalam masa yang sama bekerja dengan DAP boleh pula… Siapa yang yang terang-terang berkata ‘Langkah mayat saya dulu kalau nak dilaksanakan hudud’ (maafkan saya kalau dialog yang saya tulis ini tak tepat)Dulu bekerjasama dengan MIC, MCa jadi kafir. Sekarang bagaimana dengan bekerjasama dengan DAP ? Undi Umno , kafir. Bagaimana dengan undi DAP sekarang ini. Kafir juga kah. Bagaimana hukumnya bekerjasama dengan DAP.
Adakah ini prinsip ISLAM? Wallahualam.
Mohon maaf sekiranya ada yang tak berapa tepat. Saya hanyalah manusia biasa yang mohon penjelasan.